analitikal

Sunday, October 26, 2008

Brokoli Goreng Thai.



Bahan-bahannya:
1 ketul sederhana brokoli
1 batang lobak merah - hiris nipis
3 camca makan minyak masak
3 camca makan kicap cair
3 camca makan sos tiram
2 camca besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
sedikit gula

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis brokoli dan lobak merah
buat seketika.
2. Kemudian masukkan kicap cair, sos tiram dan gula.
3. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan biar seketika.
4. Sedia untuk dinikmati.
# masakkan mudah jimat masa dan wang. sedap pulak tu.
# kalau nak tumis dengan bawang putih pun boleh.

SAYUR CAMPUR GORENG

Bahan-Bahan:
100 gm brokoli
100 gm bunga kubis
100 gm cendawan segar
10 batang kacang buncis
5 batang putik jagung
1 batang carrot kecil
100 gm isi ayam [hiris nipis dan kecil]
100 gm udang segar kecil [buangkan kulit]
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ]mayang
2 biji cili merah ]
1 sudu besar sos tiram ]
2 camca teh tepung jagung ]
1 cawan air rebusan ayam ] bancuhkan
garam
daun bawang bawang

Cara:
1. Potong sayur mengikut kesesuaian.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
3. Masukkan isi ayam dan biarkan lembut dan masak.
4. Masukkan putik jagung carrot, kacang buncis, garam dan udang. Gaulkan rata.
5. Bila dah agak lembut masukkan bunga kobis dan brokoli dan juga air rebusan ayam, sos tiram & tepung jagung.
6. Bila dah mendideh masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang

Pucuk Paku Goreng Belacan:



Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk paku
1 1/2 cm belacan - dikisar
2 labu bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu makan cili kisar
garam
gula dan minyak masak

Cara Membuatnya:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan
bahan-bahan yang dikisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan pucuk paku yang dipotong dan kacau
hingga sebati.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.

Saturday, October 25, 2008

CHAR KUEY TIAW PENANG

* UTK PASTE *
• 200 gm udang
• 250ml air
• 4 ulas bawang putih di ketuk
• 6 sb sos tiram
• 3 sk kicap pekat
• 3 sb kicap manis
• 1 sk petis
• 2 sb pati ikan bilis / pati udang
• 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
• 1 sk gula

• * UTK MEE *
• 300 gm kuey teow
• 1 sb cili boh
• kerang
• sedikit kucai & taugeh
• 2 biji telur

Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan
ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga
menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah
simpan dlm fridge.

3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan
udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak
berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau
dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan
api kuat semasa memasak.

5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai.
Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis
kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan
manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau
rasa cam tawar leh adjust eh......

*utk lebeh menjadi, dptkan kicap char kuey tiaw, tp kena pesan org penang lerr

CHAR KUEY TIAW

Bahan
Sebungkus char koay tiaw
cili giling [nie dah siap blender ngan bawan putih + bawang merah ]
taugeh / daun kuchai - ikut suka
udang or fish ball or kerang
garam, serbuk ayam
sos tiram
kicap manis
telur ayam
minyak utk menumis
sedikit air untuk kuah

Caranya :
panaskan sedikit minyak
tumis cili hingga masak -masukkan sos tiram + kicap manis + sikit air
masukkan telur - kacau kejap
akhir masukkan koay tiaw - kacau kejap
akhir masukkan - udang + togeh
hidangkan masa panas2

Note : leh makan ngan cili potong or cili jeruk ikut suka la berapa banyak nak bubuh

pencuci mulut Lompat Tikam.



Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung beras
4 helai daun pandan
2 cawan air
1 cawan santan
sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Daun pandan ditumbuk. Kemudian campurkan 2 cawan air dan
ditapis. Satu cawan tepung dimasak dengan 2 cawan air daun
pandan hingga pekat dan masak. Kemudian tuang kedalam mangkuk.
2. 1/2 lagi baki tepung beras dimasak dengan santan pekat dan
campurkan sedikit garam. Masak hingga pekat kemudian tuangkan
diatas tepung yang telah dimasak tadi.
3. Bila hendak dihidangkan... tuang air gula keatasnya.

# Boleh guna air gula kabung atau gula melaka.

resipi rempah untuk bakar ikan


ni asa resipi untuk kita bakar ikan supaya jadi leebih sedap lagi



Bahan A
Bawang besor -500g
Bawang putih -4ulas
Halia – hiris 2kpg
Kunyit – setokol
Lengkuas – 2inci
(Blend smua bahan A)
Minyak dlm secawan kemudian tumis bahan A tadi.

Bahan B
Lada hijau – 500g(klu nk pedas tambah lade jarum)
(kisar bahan B)
Lepas Bahan A masuk(naik bau)...masuk bahan B

Bahan C
Daun kunyit – 3/4helai
Bunge Kantan – 2kuntum(klu xdop xpe)
Daun Kesom – seikat
Daun limau purut – segenggam
Serai – 5/6batang
(kisar smua bahan C)
Campu dlm bahan A+B.Letok Cili sos ½ botol ¾ tomato sos.Gaul belacan(1 1/2inci dgn asam jawa segenggam).Garam n gula seckup rase..

Selamat mencuba..