analitikal

Monday, December 1, 2008

ikan tongkol goreng pedas

ikan tongkol 1 ekor(direbus terlebih dahulu)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
½ labu bawang besar dipotong bulat
daun sederi
1 keping asam gelugor/asam jawa secukup rasa-nisan keret(gula melaka) garam
Cara:
1.ikan yg direbus digoreng garing 2.kisarkan (bawang merah+putih+cili kering) sehingga lumat. 3.tumis bahan yg dikisar sehingga pecah minyak 4.bubuh nnisan,garam dan asam keping/asam jawa 5.masukkan ikan yg digoreng tadi 6.hiaskan dgn daun sadri dan tomato

IKAN GORENG PEDAS

sekilo ikan kembong besar
3 sudu besar cili kering
kisar 1 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung
minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara:
1.Bersihkan ikan dan ditos biar kering airnya;
2.Tumbuk lumat garam dan kunyit hidup;
3.Lumurkan ikan bersama cili kering kisar,tepung jagung, garam dan kunyit;
4. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga gareng.

IKAN BAKAR TEMPOYAK

5 EKOR IKAN KEMBONG
7 BIJI CILI PADI
3 BIJI BAWANG MERAH
I BIJI BAWANG PUTIH
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT SERBUK KUNYIT
4 SUDU BESAR TEMPOYAK
5 HELAI DAUN KUNYIT ATAU SEHELAI DAUN PISANG

METHOD:

CILI PADI,BAWANG MERAH ,BAWANG PUTIH DITUMBUK LUMAT.KEMUDIAN CAMPURKAN DENGAN SERBUK GARAM DAN SEDIKIT SERBUK KUNYIT. KACAU RATA BERSAMA TEMPOYAK..
SELEPAS BAHAN SEBATI, LETAKKAN IKAN DIATAS SEHELAI DAUN KUNYIT ,KEMUDIAN ISIKAN TEMPOYAK TADI DIATAS IKAN DAN GULUNG IKAN DENGAN DAUN KUNYIT TERSEBUT. ULANGKAN CARA TERSEBUT SAMPAI HABIS SEMUA IKAN.

IKAN BAWAL SWEET SOUR

1 ekor ikan bawal
100 gm bawang (ditumbuk halus)
40 gm bawang putih (ditumbuk halus)
40 gm halia (ditumbuk halus)
10 gm halba campuran
50 gm cili kering (ditumbuk halus)
20 gm belacan (ditumbuk)
1 tomato (dipotong)
Sedikit jus tamarin
2 keping asam keping

Cara:
Goreng ikan dengan menggunakan minyak yang banyak, kemudian angkat dan asingkan.Panaskan minyak dan goreng semua bahan.Tuangkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke atas ikan.Sedia untuk dihidangkan.

HIVANA, SALAD IKAN MENTAH-UMAI

1000 gm ikan
150 gm bawang merah
150 gm bawang putih
60 gm halia
100 gm cili merah
20 gm cili padi
250 gm limau nipis
Garam

Cara:
Bersihkan ikan dan buang tulangnya serta potong nipis-nipis. Hiris halus bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah. Campur dan gaul rata ikan dengan bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Gaulkan ikan denga perahan limau nipis dan garam secukup rasa. Hidangkan.

gulai ikan sembilang

300 gm ikan sembilang
½ biji kelapa
8 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang daun kesum
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:
Bersihkan ikan dan potong setebal 3.5 cm. Gaulkan dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dan toskan. Tumbuk 3 labu bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Gaul dengan rempah kari dan serbuk jintan putih. Mayang 5 labu bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Panaskan minyak dalam periuk atau belanga tanah dan tumiskan bawang. Apabila kuning masukkan rempah bersama air. Kacau hingga garing dan berbau wangi. Setelah pecah minyak masukkan santan. Kacau rata-rata. Masukkan ikan, garam dan daun kesum. Apabila mendidih masukkan air asam jawa. Kacau selama 2 minit dan angkat.

gulai ikan bernenas

2 ekor ikan masin gelama
1 in lengkuas
1 inCI kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 cawan santan
1 biji cili kering
2 keping nenas - potong ikut suka
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit gula
Serbuk perasa Cara:

1- Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan cili kering.
2- Campurkan bersama-sama dengan santan, garam, gula dan serbuk perasa.
3- Masukkan nanas masak hingga mendidih.
4- Bila dah menddih masukkan ikan masin. kacau supaya santan tidak berketul.
5- Masak hingga ikan masak.

GULAI IKAN PATIN LAGI

1 ekor ikan patin (sederhana besar)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1-2 sudu rempah kari ikan
3 sudu besar air asam jawa
3 biji cili hijau
pucuk ubi kayu (dicelur)
garam secukup rasa
Bahan utk membersih ikan:
Tepung gandum
Air asam jawa

Bahan utk dikisar:
1 ulas bawang putih
3 biji cili kering
5 ulas bawang merah
½ inci kunyit
2 hirisan lengkuas

Cara:
Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan dengan tepund gandum, selepas seminit rendamkan ikan yang dilumur tadi didalam air asam jawa. Selepas 5 minit bilas ikan tersebut hingga bersih dan toskan. Kemudian masukkan ikan bersama bahan yang dikisar, rempah kari dan air asam jawa kedalam periuk. Renihkan sekejap dengan api yang perlahan, setelah air dari ikan tadi hampir kering masukkan santan, garam serta daun ubi (waktu masukkan santan bolehlah dibesarka api). Biarkan mendidih baru diangkat.

RESIPI GULAI TELUR IKAN

600 gm telur ikan
200 gm serbuk kari
20 gm halba campur
50 gm air asam jawa
2 tangkai daun kari
300 gm minyak masak
1 liter santan, daripada sebiji kelapa
4 tangkai cili merah, dibelah empat
4 tangkai cili hijau,
dibelah empat
4 biji tomato, dibelah empat
Garam secukupnya

250 gm bawang merah - dihiris halus
150 gm bawang besar - dihiris halus
60 gm bawang putih - dihiris halus
20 gm halia - dihiris halus

Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari dan halba campur sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan hiris. Kacau hingga garing. Perlahankan api dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan santan. Biarkan mendidih baru masukkan telur ikan, cili hijau, cili merah dan tomato.
Ikan Patin atau Baung
Tempoyak
Serai 3 batang
Bunga Kantan 1 batang.

Bahan Dihiris
Daun Kesom
5 tangkai Kunyit hidup
7 - 10 biji cili merah. ditumbuk
Garam
gula
Air 2 gelas besar.

Cara:
Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam.
Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan cili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.

Masukkan air, Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. apabila memasak pastikan api senderhana besar kerana ikan patin akan mudah hancur,elaakan juga mengacau masakan terlalu kerap.
2 ekor ikan(ikut suka ikan jenis apa)
3 sudu tempoyak
4 biji cili merah - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
2 batang serai - dititik
1 sudu serbuk kunyit(guna kunyit hidup lagi cantik)
10 biji cili padi - tumbuk
1 biji timun batang
-potong 4 garam & gula secukup rasa

Cara:
Semua bahan yg ditumbuk tadi disatukan dan masukkan air serta serbuk kunyit.Biar mendidih masukkan timun serta ikan.Tunggu sebentar biarkan ia mendidih.Kemudian boleh dihidangkan.

CENCARU BAKAR/GORENG SUMBAT BELAKANG

3 ekor ikan cencaru saiz sederhana

BAHAN UNTUK DITUMBUK
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili boh
garam secukup rasa

minyak utk menggoreng

Cara:
Ikan cencaru dibelah belakang,kemudian masukkan kesemua bahan2 yang ditumbuk,cili boh dan garam. Perap selama 30 minit,kemudian goreng dgn api sederhana,bila dah masak angkat...sungguh enak dimakan bersama nasi putih...

bergedil ikan mudah

5 ekor ikan ( ditumbuk isi nya(x terlalu hancur) )
4 ulas bawang merah
setengah ulas bwg putih
lada hitam
kelapa parut ( 4 sudu/segenggam)( ditumbuk sikit )
2 biji telur
minyak untuk menggoreng
hirisan lada merah

Cara:
1) Ikan ditumbuk bersama bawang merah & putih dan lada hitam 2) letakkan bahan yg ditumbuk tadi dlm mangkuk 3) masukkan kelapa parut..gaulkan sampai sebati bersama hirisan lada 4) pecah kan telur didalamnya..jangan terlalu cair adunan 5) biarkan adunan tadi bole dibulat-bulatkan 6) bulatkan adunan dan goreng dalam kuali yang panas.

botok ikan tenggiri

3 keping ikan tenggiri
3 bungkus rempah kari ikan
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu kerisik
3 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk Dikisar
½ cekak pucuk bebuas
½ cekak pucuk kadok
½ cekak pucuk ubi kayu
½ cekak pucuk mengkudu
½ cekak pucuk puding
½ cekak daun cekur
2 helai daun kunyit - diracik
4 - 5 sudu pati santan
3 helai daun pisang untuk membungkus

Cara:
1. Bersihkan ikan dan toskan. 2. Campurkan bahan yang dikisar dengan serbuk kari dan masukkan garam, gula, kerisik, air limau nipis, daun kunyit, pati santan dan digaul rata. 3. Semua pucuk ulaman dibahagi tiga dan disusun di atas daun pisang secara berasingan (untuk menjadikan 3 bungkus). 4. Rempah yang telah digaul dibahagi 3 dan diletakkan di atas pucuk-pucuk ulaman kemudian letakkan 1 ekor/keping ikan di atas rempah tadi selepas itu diletakkan lagi rempah di atas ikan dan tutup ikan dengan pucuk ulaman semula serta bungkus dengan daun pisang. 5. Kukus sehingga 15 - 20 minit.

CENCARU BAKAR SWEET SOUR

2 ekor ikan cencaru sederhana besar
2 sudu besar asam jawa (termasuk biji)
2 sudu besar gula
1 sudu besar cili kisar lumat
Sedikit garam dan serbuk perasa

Kertas pembalut Aluminium
Alat pemanggang ikan

Cara:
Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan Gaulkan semua bahan asam jawa, gula, cili kisar, garam dan sebuk perasa hingga sebati. Masukkan bahan yang digaul tadi ke dalam ikan sebelah belakang. Balut ikan dengan pembalut aluminium supaya bahan tidak keluar semasa memanggang. Panggang ikan hingga masak (kira-kira 30 minit)
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan bersama nasi semasa masih panas.

BERGEDIL IKAN KEMBUNG

Bahan A

5 ekor ikan kembung (isinya sahaja)
4 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam

Bahan B

5 sudu besar tepung gandum
10 helai daun sup dihiris halus
2 biji cili merah dipotong dadu kecil
Cara:
kesemua bahan A dikisar hingga hancur.kemudian gaulkan bahan yg dikisar bersama bahan B.panaskan minyak dan goreng

acar ikan bawal goreng

1 ekor ikan bawal (digoreng)
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji tomato (dibelah 4)
5 biji cili merah (dibelah 2)
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar (ditumbuk)
1 cawan pati santan
1.2 cm halia (dihiris)
Sedikit garam


Cara:
1. Timun dan lobak merah dipotong halus-halus.2. Panaskan minyak tumis bawang, kemudian masukkan cili,halia,timun serta lobak merah.3. Apabila telah emput masukkan pati santan dan tomato.4. Bila sudah mendidih dan agak pekat tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

kari ikan kering (talang)

1 ekor ikan talang kering
150 gm kacang panjang
4 biji terung putih bulat
1 biji kelapa(diambil santan)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
4 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar minyak
1 sudu teh asam jawa
½ sudu teh halba campur
2 ketul keledek
1 pelepah daun kari
2 gelas air
lada mengikut selera
Garam secukup rasa


Cara:
Potong kacang panjang 2.5 cm dan keledek 2.5 cm x 4 cm. Belah terung menjadi empat. Bersihkan kepala ikan kering dan kerat ikut sebesar yang disukai. Hiris bawang merah dan bawang putih. Bancuh rempah kari dengan air dan jerang selama 5 minit. Masukkan keledek, kacang panjang dan terung. Kacau selalu. Masukkan kepala ikan kering dan kacau lagi. Masukkan santan, garam dan air asam jawa. Apabila masak angkat dan ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Kacau hingga kuning dan wangi. Tuang tumisan ini ke dalam gulai yang telah masak. Kacau perlahan dan tutup periuk.

resipi ikan merah masak asam pedas

1 ekor ikan merah yang sederhana besar (disaing dan dipotong ikut suka)
500 ml air ½ bawang besar (dihiris)
3 keping asam gelugur
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

bahan untuk dikisar halus:
4 biji lada
10 biji cili padi
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
dicampur dengan 2 sudu teh serbuk kunyit

Cara:
Panaskan minyak tumis bawang besar dahulu barulah masukan bahan kanan dan tumis sehingga mengeluarkan bau, barulah masukkan air. setelah air mendidih masukkan serai,asam, garam dan ikan sehingga masak dan agak pekat.

Resipi Ikan Pari masak asam pedas + bendi

600 gm ikan pari
300 gm bendi
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya

Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia

Cara:
Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata. sedia untuk dihidang bersama nasi.

gulai ikan masin

Bahan
Ikan kurau or talang masin - isi n tulang or kepala ikan masin pun bleh..[rendam terlebih dahulu]Nenas - potongTerung- potongTomato - potong wedgesCili hijau - belah memanjang
Dikisar halus5 bwg merah3 bwg putihHalia (maklang tambah nih..)Rempah kari sepeket kecikAir barang 2-3 cawan [masa blend tu masuk santan sketttt je pun sedap gak]
Dimayang halus5 bwg merah3 bawang putih
1 tbsp jintan manisDaun kariSantanGaram gula secukup rasaMinyak utk menumis
Cara
Bahan yang diblend itu dimasukkan dalam periuk. Renih dengan api sederhana or perlahan sampai bau rempah dia hilang sket.
Daun kari tu masukkan sebahagian sahaja. Kemudian masukkan ikan masin dan nenas.
Kemudian masukkan terung dan kemudian tomato.
Kemudian masukkan santan. Kacau baik-baik jangan pecah minyak.
Perisakan garam gula secukup rasa.
Di dalam kuali lain
Masukkan minyak sikit sahaja, agak agak cukup nak tumis sahaja.
Tumiskan bawang yang dah dimayang beserta dengan jintan manis dan daun kari sehingga keemasan.
Kemudian curah ke dalam periuk gulai. Baru bau gulai tu jadi mengancam.
Kacau sebentar biar mesra. Kemudian bolehlah diangkat.

Resipi ikan kembung masak gulai darat

bahan-bahan
3-5 ekor ikan kembung(tgk saiz)
sedikit minyak utk menumis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia ditumbuk
3 sudu makan cili kering di blender
3 sudu serbuk kari
1 batang serai dititik
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan airgaram dan gula secukup rasa

Cara-cara:1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga layu
2. Masukkan cili blend
3. Masukkan serbuk kari
4. Maukkan serai5. Masukkan garam dan gula
6. Masukkan air asam jawa + air
7. Tunggu sehingga agak mengelegak
8. Masukkan ikan, sampai masak.
9. senduk nasi dan cepat2 makan

resipi ikan patin masak asam tempoyak

Bahan-bahan:1 ekor ikan patin (potong 4/5 ketul -
10-15 biji cili api (kalau suka pedas boleh lebihkan cili)
2 inci kunyit hidup
senduk tempoyak
daun kesum
1-2 kuntum bunga kantan-dihiris memanjang
3 batang serai-diketuk
2 keping asam keping
garam

Cara-cara:1. Cili api dan kunyit ditumbuk hingga lumat menggunakan batu lesung (jangan di blend).
2. Kemudian masukkan tempoyak kedalam lesung dan digaul sebati dengan cili dan kunyit.
3. Setelah sebati, gaulkan ikan patin dengan campuran kunyit, cili dan tempoyak dan biarkan sebentar dalam 10 minit.
4. Kemudian masukkan ikan patin, asam keping, daun kesum, serai yang diketuk dan bunga kantan ke dalam periuk dan ditambah air agak-agak tenggelam ikan.
5. Masak menggunakan api yang perlahan hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit gula (sekiranya tempoyak terlalu masam).
7. Biarkan mendidih dengan api perlahan. Jangan dikacau selalu kerana ini akan menjadikan ikan hancur (ikan patin ni isinya lembut)
8.bila dah masak sedia utk dihidang.