analitikal

Tuesday, November 25, 2008

RESIPI SUP IKAN HARUAN

Bahan yang diperlukan
1 ekor ikan haruan
5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } ditumbuk1-
2 teh lada hitam }
Garam
Serbuk perasa
Halia diketuk
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Air (agak2 la)

(BOLEH JUGA MENGGUNAKAN REMPAH SUP BUNJUT UNTUK SUP AYAM)

Bahan utk menumis
3 ulas bawang merah- dihiris halus
Halia - dihiris halus
Sedikit minyak

Bahan hiasan
Daun bawang & sup-dihiris halus

Cara membuatnya:
Masukkan bahan2 yg ditumbuk, halia, kulit kayu manis, bunga lawang , bungacengkih, garam & serbuk perasa kedalam periuk berisi air-masak hingga mendidih.Bila mendidih masukkan ikan - rebus sehingga masak & ketepikan.Tumiskan bahan2 utk menumis sehingga garing-kemudian tuangkan ke dalam periuksup tadi (minyak tumisan tu diambil sedikit sahaja) & tutupkan periuk.Masa utk menghidang baru diletakkan bahan hiasan.

IKAN GORENG BERKUAH

Bahan2....:

Ikan kerapu(jangan le beso sangat, cukup le sekadar 1kg)
100grm cili kering(dikisar)-kalau nak pedas tambah lagi...
8 ulas bawang merah(dikisar)
5 ulas bawang putih(dikisar)
20grm halia (dikisar)
80grm jem nenas - kalau nak perasa lain pun boleh...
30grm sos cili
100grm tepung jagung
garam, serbuk perasa dan sedikit nenas di potong kiub...


Cara-cara penyediaannyer....:

ikan yang dah siap dibasuh tu korang gaulkan dengan tepung jagung. Setelah puas hati dengan hasil gaulan tu tadi....apo lagi korang goreng le di dalam minyak yang bebetul panas....Kalau boleh biar le ikan tu tenggelam....
Di kuali yang lain korang panaskan minyak masukkan halia, bawang merah dan putih yang korang kisar tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan Cili Kering tadi dan tumis hingga pecah minyak....
Kemudian masukkan sos cili dan jem nenas tu tadi....masukkan garam dan serbuk perasa dan tak lupa juga nenas yang di potong kiub tadi....
Biarkan sekejap dan curakkan di atas ikan yang telah siap di goreng tadi...

So..selamat mencuba resepi yang simple dan mudah nie....
Apa kata yang lelaki selepas balik dari memancing masakkan ikan yang di pancing tadi untuk isteri atau ibunda tersayang......Mudah je resepi nie....

Tumis Selat Ikan Terubuk

Tumis Selat Ikan Terubuk

Bahan Bahan:-
1 ekor ikan terubuk sederhana besar
1 sudu teh asam jawa
1 cm kunyit hidup
1 genggam daun bawang
4 Biji Chili Hijau.
4 Biji Chili Api
2 labu bawang merah
1 1/2 liter air.
sedikit garam dan serbuk perasa.

Cara cara:-
1.Bersihkan ikan dan dipotong 8 bahagian kemudian tuskan.
2.Mayam bawang merah.
3.Perah asam jawa dan ambil patinya
4.Tumbuk Kunyit hingga lumat
5. Chili hijau dibelah 4.
6.Belah 2 chili Api.
7. Bersihkan Daun Bawang dan dipotong 1 1/2 inci panjang.

Memasak:-
Masukkan air kedalam periuk dan masukkan bahan bahan tersebut diatas kecuali daun bawang dan ikan.
Setelah kuah mendidih barulah masukkan Ikan tersebut.
Kemudian masukkan pula Garam dan serbuk perasa.
Setelah ikan tersebut masak barulah masukkan daun bawang kemudian sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.

IKAN MASAK LEMAK CILI API+TEMPOYAK

1 Ekor Ikan

Bahan untuk di kisar:
- 10 Biji Cili Padi
-1 Inci Kunyit Hidup
-2 Sudu Besar Tempoyak.

Lain-lain bahan:
- Daun Kesum Secukupnya
- 2 Kuntum Bunga Kantan
- Air
- Garam Secukup Rasa
- 5 Biji Limau Nipis
- 2 Biji Mentimun

Cara membuatnya:

Ikan yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipis supaya hilang bau. Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar, bunga kantan, daun kesum beserta dengan ikannya sekali .Apabila ikan hampir masak masukkan mentimun dan garam secukup rasa. Setelah masak bolehlah di hidangkan.

KELI TUMIS TEMPOYAK

Bahan-bahan :
5 ekor Ikan keli/Sembilang
3 tangkai Cili Merah}
7 tangkai Cili padi} Di tumbuk
5 ulas Bawang Merah}
3 Btg Serai(Titik)
1 Helai daun kunyit (dihiris halus)
3 sudu besar Tempoyak
2 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula.


Cara Menyediakan nayer....

ikan keli yang dibasuh tadi di potong 2. Digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Tuang sedikit santan pekat sebanyak setengah cawan dan gaul....
Kegunaan santan tersebut ialah isi ikan tersebut akan lebih lembut. Goreng garing2.Selepas selesai menggoreng, panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan yang kita tumbuk tadi....tumis bahan2 tadi sehingga pecah minyak ye puan2...hehhehe macam Chef Wan lak aku nie...
Masukkan serai dan daun kunyit tadi kemudia masukkan tempoyakgula dan garam.tuangkan secawan air, tumis sehingga mendidih...
Selepas mendidih, apa lagi masukkan ikan yang kita goreng garing2 tadi...tak payah lama, selepas kita gaul kita angkat dan wall lah...makan dengan nasi panas...pewwit...terangkat beb...
Selamat mencuba....

SAMBAL IKAN BILIS DENGAN PETAI

Bahan-bahan ( 2 org makan )
segenggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan (boleh beli di pasar)
segenggam besar bawang merah - dimayam (terlebih skit takpe, sambal semakin sedap)
seulas bawang putih - dimayam
1 1/2 sudu besar cili boh @ cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)
santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dgn secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.
sebiji bawang besar - dimayam
petai dibuang kulit (kuantiti ikut selera anda)
garam
minyak masak
Cara-cara panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing)
masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. kacau hingga sebati kesemua bahan2.
masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati
masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali
kacau sekali sekala. pastikan api kecil. setelah pecah minyak, semuanya masak. Dihidang dgn nasi panas atau roti bom
resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama diatas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya

SAMBAL KUPANG

Bahan-bahan
500 gm isi kupang
1 labu bawang besar [mayang]
2 s/b sos tomato
minyak
garam
gula

Bahan mesin
20 biji cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm belacan [jika suka]
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan sos tomato, garam dan gula. Kacau rata. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Masukkan kupang dan bawang besar.
4. Masakan sehingga bawang layu.
5. Bila sambal naik minyak utup api dan hidangkan.

Botok ikan(Pahang Menu)

1ekor Kelah/Sebarau/Baung (1kg ~ 2kg)
10 Helai daun kaduk
3 Helai daun kunyit
5 Tangkai chili api
3 labu bawang merah
Santan kelapa (sebiji)
1cm Kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa

1.Biarkan Ikan tersebut selama 24jam tanpa dibersihkan selepas itu barulah bersihkan ikan tersebut tanpa membuang sisiknya, gaulkan ikan tersebut dangan garam kasar sebanyak segengam dan toskan airnya selama 2 atau 3 jam.
Selepas itu basuh semula ikan tersebut dan sedia untuk dimasak.
2.Daun kaduk dan kunyit hendaklah di hiris nipis.
3.Tumbuk chili api, kunyit hidup, bawang dan sesudu garam hingga lumat.
Cara cara memasak:
1.Panaskan periuk dan masukkan santan, bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kaduk dan kunyit.
2 Setelah mendidih, masukkan ikan tersebut.
3.Biarkan ianya mendidih sehingga kuah pekat.
Tambahkan garam bila perlu ( lebih masin lebih sedap)
Hidangkan dengan nasi panas

Tuesday, November 18, 2008

RESIPI MASAKAN BERASASKAN AYAM

RESIPI AYAM GORENG HALIA


Bahan-bahan
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
6. Hidangkan.

RESIPI AYAM PANGGANG MAGRIBI

Bahan-bahan

1 ekor ayam (2 kg), dibersihkan dan dipotong 2 (saya guna chicken breast sahaja)

Garam secukup rasa (biarkan masin sikit)



Bahan sampingan

Daun salad, disiat kasar-kasar

Timun & tomato dihiris-hiris

Ubi kentang, direbus, dikupas dan dihiris-hiris

Lemon, dipotong baji

Daun pudina



Rempah Chermoula (dikisar halus-halus)

3 tangkai cili merah

1 sdb cili serbuk

1 sdb paprika

1 sdt kunyit serbuk

1 sdt jintan putih/halus serbuk

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1/2 cawan hirisan daun ketumbar

1/4 cawan minyak zaitun

Air perahan daripada 1/2 biji lemon



Cara



1.
Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
2.
Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan ia ke suhu bilik.
3.
Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 180C selama 45 minit, dengan membalik-balikkannya setiap 20 minit.
4.
Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.
RESIPI AYAM GOLEK

Bahan-bahan ( 2 )

* 2 bhgian paha ayam
* 1 mangkuk santan
* 5 biji bawang merah
* 1 batang serai
* 2 ulas bawang putih
* 3 tangkai cili kering
* sedikit kunyit dan sedikit halia

Cara-cara

1. bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus
2. kemudian masukkan bahan2 kisar serta ayam kedlm santan pekat.masak hingga ayam separuh masak.
3. kleuarkan ayam td dan bakar antara 20-25mnt
4. kuah rebusan ayam td di sapukan pada ayam yg sedang dibakar.
5. siap utk dimakan


RESIPI AYAM MASAK KICAP

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

* 1 bahagian paha ayam
* garam kunyit secukupnya
* minyak untuk menggoreng
* 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
* 2 ulas bawang puting- mayang
* 1cm halia- cincang halus
* kicap pekat manis secukupnya
* 2-3 biji cili padi- potong dua
* 1-2 batang cili hijau

Cara-cara

1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
6. Siap untuk dimakan.


RESIPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan ( 3 orang )

* 1/2 ekor ayam
* garam kunyit
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 cawan sos cili
* 1/2 cawan sos tomato
* 1/2 cawan kicap
* 2 sudu besar sos tiram
* sedikit air
* 1cm halia
* 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara

1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.


RESIPI AYAM PERCIK KUNING

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 1 sekor ayam yang dipotong 4
* 1 1/2 cawan santan pekat
* 2 biji bawang putih
* 1 labu bwg besar
* 2 cm halia
* 2 batang serai
* 1 camca kecil ketumbar
* 1/2 camca kecil jintan putih
* 1/2 cawan tepung beras
* sedikit air asam jawa@asam keping
* cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
* garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2



RESIPI KURMA AYAM

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara

1.
Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.
2.
Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.
3.
Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendideh.
4.
Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.
5.
Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
6.
Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.
7.
Hidangkan dengan nasi atau roti.





RESIPI AYAM GULAI KUNING

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 1 ekor ayam dibuang kulitnya
* # 8 biji bawang merah
* # 4 biji bawang putih
* # 2 inci halia
* # 1 biji kunyit sebesar ibu jari
* # Segengam ketumbar
* * Sedikit jintan manis dan bunga pelaga
* * 2 batang kayu manis
* * 3 biji bunga lawang
* Sebiji santan kelapa atau 1 tin susu cair F&N
* Garam dan serbuk perasa
* 4 biji kentang dipotong 2

Cara-cara

1. Bersihkan ayam dan kemudian lumurkan sedikit dengan tepung dan garam untuk mengelakkannya mudah hancur sewaktu memasakknya.
2. Tumbuk kesemua bahan yang bertanda #.
3. Kemudian tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi bersama bahan bertanda *
4. Masukkan ayam dan gaulkan sebentar bersama bahan tumisan selama 2 minit.
5. Masukkan sedikit air agak-agak air setengah dari ayam di dalam periuk.
6. Kemudian masukkan kentang dan tutup sehingga ianya separuh masak.
7. Bila sudah separuh masak masukkan santan atau susu cair, garam dan serbuk perasa.
8. Pastikan api serdahana besar supaya santan tidak pecah.
9. Biar sehingga santan mendidih dan ayam tadi masak.
10. Hidangkan.

Isi Ayam Goreng

Bahan-Bahan
400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan

1.
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
2.
Gaul hingga adunan menjadi sebati.
3.
Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
4.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
5.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
6.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
7.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
8.
Sedap dihidangkan semasa panas.



RESEPI AYAM LEMON

Sos Lemon

Bahan-Bahan

4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

1.
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
2.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
3.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
4.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.



RESIPI KERUTUK AYAM


Bahan-bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek
3 s/b minyak untuk menumis

Bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih
Cara Memasak
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.





RESIPI AYAM MADU

Bahan-bahan ( 2-4 )

* 1/2 ekor ayam
* garam
* kunyit
* 1 sudu rempah kari ayam
* 3 ulas bawang putih
* 1 inch halia
* bawang besar
* cili kering
* madu
* gula merah
* sos/tomato puree
* air

Cara-cara

1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.



RESIPI AYAM PADPRIK

Bahan-bahan ( 2 org makan )

* 300-400 gram boneless chicken
* 2 sudu minyak masak
* sedikit hirisan bawang merah
* 4/5 sudu kicap (manis atau masin)
* 1 sudu sos tiram
* 1 carrot
* sedikit serbuk lada hitam
* 1 sudu sos tomato

Cara-cara

1. panaskan minyak masak
2. tumis hirisan bawang merah sehingga sedikit kekuningan dan naik bau
3. masukkan kicap dan tambahkan air (makesure digaul seketika supaya tidak melekat di kuali) pastu masukkan sos tiram n sos tomato. gaulkan.
4. erm bila dah nak masak, masukkan garam & serbuk lada hitam. gaulkan.
5. masukkan carrot yg telah dihiris halus. gaulkan seketika.
6. masukkan ayam yg telah dihiris halus dan gaulkan sehingga masak. (around 7-10 minutes)
7. hidangkan dengan nasi putih panas dan jus limau. fuh sodapppp~
8. notes - boleh gak tambah kacang pin mase letak carrot td and kalo bole, gune minyak jagung (corn oil) utk menumis supaya kurang kolesterol. kesihatan tu penting.



RESIPI AYAM MASAM PEDAS

Bahan-bahan ( 5-6 Orang )

* Ayam 1 Ekor
* Cili Kering
* Bawang Putih
* Bawang Merah
* Halia
* Kunyit Hidup
* Belancan
* Daun Kesum dan Asam Jawa

Cara-cara

1. Kisar kan bahan bahan seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit halia dna belacan.
2. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan yg dikisar tadi, Selepas naik bau dan cili sudah masak, masukkan ayam sehingga keluar airnya.
3. Masukkan kan air asam jawa sehingga menjadi kuah, akhir sekali masukkan daun kesum dan tunggu sampai ia betul betul masak..



RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan ( seramai yang boleh )

* 1 ekor ayam yang dipotong - potong
* sedikit serbuk perasa ( ajinomoto )
* serbuk kari daging atau ikan ( xkira jenama apa )
* tepung rangup atau tepung goreng kfc

Cara-cara

1. potong ayam mengikut kesukaan,kemudian basuh dan toskanlah...
2. perapkan ayam dengan sedikit serbuk perasa lebih kurang dalam 2 - 3 minit ( bukan apa untuk melembutkan ayam tu )
3. kemudian gaulkan ayam tadi kedalam serbuk kari sehingga semuanya terkena rempah
4. akhir sekali gaulkan plak dengan tepung goreng rangup atau kfc (lebih sedap tepung kfc)kemudian panaskan minyak lalu digoreng.
5. apabila dah masak bolehlah dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja bersama sos kegemaran anda..
6. cubalah pasti sedap.terangkat abis....



RESIPI SUP AYAM

Masakan ini merupakan makanan orang Malaysia.Cara buatnya simple sangat2...Masa yang nak diambil untuk buat sup ni kira2 15 minit sahaja.


Bahan-bahan ( 5 orang makan )

* 1/2 ekor ayam yg. telah dibersihkan
* 1 batang lobak merah(dipotong dadu)
* Kiub ayam 2 ketul
* garam secukup rasa
* dan d.bawang serta d.sup.

Cara-cara

1. Rebus ayam (untuk mendapatkan sup yg.banyak,bolehlah tambahkan air ikut citarasa).
2. Setelah didapati ayam itu separuh masak,masukkan lobak merah, kiub ayam MAGGI dan garam secukup rasa.
3. Setelah ayam dan lobak merah empok,bolehlah anda menghiasnya dengan d.sup dan d.bawang.

RESIPI

Thursday, November 6, 2008