analitikal

Saturday, March 27, 2010

resepi Kupang Masak Lemak.

Kupang Masak Lemak.

Bahan-bahannya:
1kg kupang
5 biji cili hijau - dikisar
2 inci halia - dikisar
5 labu bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - diketuk
10 biji cili padi - diketuk
1 gelas santan
garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara memasak.
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. tumiskan
bahan kisar dan ketuk hingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan sedikit air, santan dan kupang.
kacau rata hingga mendidih.
3. Masukkan garam, kacau rata sampai pekat dan angkat.

# Boleh juga gunakan kepah, retak seribu dan lala.

ketupat sotong

Ketupat Sotong.

Bahan-bahannya:
10 ekor sotong - dibuang kepala
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa - diambil santan pekat dan cair
5 labu bawang merah - dihiris
2 inci halia - dihiris nipis
1/2 sudu teh halba
garam dan gula secukupnya
lidi untuk mencucuk

Cara memasaknya.
1. Bersihkan beras pulut dan rendam dengan santan pekat
bersama sedikit garam dan gula selama 1 jam
2. Masukkan beras pulut yang direndam kedalam sotong hingga
separuh. Letak kepala sotong dihujung sotong dan sematkan
dengan lidi supaya beras tidak terkeluar.
3. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan santan bersama
halia, halba, bawang merah serta garam dan gula.
4. Masak dengan api perlahan dan sampai mendidih. Apabila
beras telah kembang dan penuh dalam sotong dan kuah pekat
bolehlah diangkat.

Nasi Paprik

Nasi Paprik
http://www.geocities.com/nordeanajane

Bahan-bahannya:-

1 mangkuk nasi putih
100 gm ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
1 cm halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu cili boh
Cili merah (dihiris)
Cili hijau (dipotong memanjang)
Bunga kubis
Daun bawang (dihiris)
Sedikit kicap cair
Garam dan serbuk perasa

Cara Membuatnya:- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan sedikit bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia sehingga wangi. Kemudian masukkan cili boh dan kacau selama 1 minit. Selepas itu masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau, lobak merah,kicap cair, bunga kubis dan daun bawang. Kacau semua bahan-bahan ini sehingga sebati dan sama rata. Biarkan selama 2 minit kemudian angkat. Hiaskan dengan daun salad, cili merah yang dipotong berjurai-jurai. Taburkan bawang goreng di atas nasi ketika menghidang.

GULAI AYAM NASI DAGANG

GULAI AYAM NASI DAGANG
Sumber: Babybatriesyia
http://www.jphpk.gov.my

1 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Sedikit Lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang lada kering (semua bahan ini ditumbuk halus)

Ayam dipotong kecil2
Santan pekat
Santan cair
1 sudu besar rempah kerutub
3 sudu besar rempah kari
Sedikit air asam jawa
Sedikit Lada Hijau
Sedikit Gula
Sedikit Garam

Tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi hingga wangi. Masukkan rempah kari dan rempah kerutub. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan hingga ia bergaul sebati. Masukkan santan pekat dan gaul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan santan cair, garam dan gula utk perasa. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Angkat.

resepi asam pedas ikan pari

Bahan-bahannya
3 potong ikan pari, dibersihkan dan dipotong selebar 3 inci
½ biji nenas madu, dipotong serong (jika suka)/ terung/ bendi
7 keping asam keping (besar), dicuci bersih
Air secukupnya
Secukupnya daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Sedikit gula

Bahan untuk dikisar
25 tangkai cili kering, dibersihkan dan direndam air panas
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 sudu makan lada hitam

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan nenas, asam keping, garam, serbuk perasa dan gula. Gaul rata, kemudian masukkan air dan biarkan ia mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan pari dan juga daun kesum. Biarkan ikan masak dan sedia untuk dihidang.

resepi asam pedas muar

bahan-Bahan A:

½ Kilo Ikan (di cuci)
kunyit serbuk
garam
asam jawa
Bahan A ( di Kisar)
$1 cili kering
2 Biji Bawang Besar
3 Ulas bawang Putih
½ inc kunyit Basah
2inc Belacan
Lada hitam

Bahan-Bahan B:

Lobak Masin (jika Suka)
Daun Kesum
Garam & Perasa
Asam Jawa( jadikan air asam)

Cara membuatnya:

Mula-mula ikan di bersihkan dan dicuci bersama sedikit garam dan asam jawa.
setelah di cuci bersih gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam
Kemudian panaskan periuk dan tumis bahan blender hingga naik minyak
masukkan juga daun kesum bersama utuk menaikan bau.
setelah naik minyak masukan ikan dan kacau selama beberapa minit.
setelah ikan agak sebati dengan cili campurkan air asam jawa dan air . kacau dan biarkan mendidih
setelah mendidih masukkan lobak masin, garam dan serbuk perasa . kacau sekejap dan biar dia mendidh dengan api yang sederhana.
akhir sekali tutup api dan boleh lah di hidang

Cara hidangan:
Boleh di makan untuk hidangan makan malam atau tengah hari. enak juga dicicah bersama roti .

Tambahan:
Untuk asam pedas yang enak.. ramuan tidak boleh mengunakan rempah segera. dan tidak boleh menggunakan asam keping.juga asam pedas tidak boleh terlalu cair atau pekat ikut quantiti ikan dan bahan blender.

AYAM BAKAR MADU

AYAM BAKAR MADU
http://www.jphpk.gov.my

Bahan-bahannya
4 ekor ayam spring chicken

Bahan untuk dikisar
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
¼ inci lengkuas
2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
1 biji bawang besar
2 sudu besar air limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula timbang
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara-caranya

Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.

ayam Masak Merah Istimewa

ayam Masak Merah Istimewa
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
http://resepi.mesra.net/Detailed/1551.shtml

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
Sedikit lengkuas
5 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai 10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
1 sm halia
½ tin tomato puri
2 camca kecil jintan manis, digiling
2 camca kecil jintan putih, digiling
Sedikit cili kering

Cara:

Ayam dipotong sesuka hati kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan goreng hingga separuh masak. Serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih digiling hingga halus kemudian campurkan dengan bahan giling tadi. Panaskan minyak bekas menggoreng ayam tadi dan tumislah bahan-bahan yang telah digiling tadi. Setelah itu masukkan tomato puri, gula, garam dan air asam jawa sambil dikacau hingga rata. Bila telah agak garing sedikit masukkan ayam sambil digaulkan hingga rata. Kemudian bila telah cukup pekat bolehlah diangkat.

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah
http://ijamina.blogspot.com


Bahan2

1 ekor Ayam

(Ditumis)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 batang serai
3 inci halia
sedikit buah pelada, bunga cengkih dan kayu manis
2 helai daun pandan disimpul

--------------------------------------------------
3 biji bawang besar
5 helai daun pudina
satu cawan santan
3 biji buah tomato (dikisar)
1/2 cawan pes cili


Cara2:

1. Basuh ayam bersama tepung gandum, kemudian bilas dan toskan dan dikunyitkan sedikit bersama garam
2. Goreng ayam setengah masak
3. Tumiskan bahan2 tumisan, setelah agak garing masukkan pes cili
4. Masukkan tomato yang dikisar
5. Renihkan sebentar sehingga naik minyak
6. Masukkan ayam tadi
5. Masukkan santan bersama daun pudina
6. Masak sampai pecah minyak dan akhir sekali bawang besar yang telah dipotong bulat2

nasi Goreng Kerabu

nasi Goreng Kerabu
http://www.geocities.com/nordeanajane

Bahan-bahannya:-

2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dihiris)
50 ml susu cair
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji cili hijau (dihiris-hiris)
Sedikit kelapa parut
1 ekor ikan kembung
1 sudu besar minyak masak
Garam serta serbuk perasa
Sedikit kacang panjang (dipotong-potong)
Sedikit daun kunyit (dihiris)
Sedikit taugeh
Sedikit kobis (dihiris)

Cara Membuatnya:- Ikan kembung direbus dan diambil isinya. Panaskan minyak, di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, dan lada hitam. Tunggu hingga naik baunya dan masukkan daging, kacang panjang, daun kunyit, taugeh, kelapa parut, kobis, isi ikan kembung, garam, serbuk perasa, dan cili hijau. Akhir sekali masukkan nasi dan susu cair tadi dan kacau hingga sama rata. Biarkan di atas dapur selama 5 minit dan teruskan mengacaunya hingga sebati. Selepas itu bolehlah di angkat dan hiasinya dengan lobak merah dipotong bulat, cili hijau, cili merah, potongan kacang panjang, taburan bawang goreng dan daun bawang.

nasi Goreng Pataya

nasi Goreng Pataya
http://www.geocities.com/nordeanajane

Bahan-bahannya:-

2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)
1 ulas bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
Sedikit lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu kacang peas
Sedikit kicap
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji telur (dipukul)
1 senduk minyak masak
garam dan serbuk perasa

Cara Membuatnya:- Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit. Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk. Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap) Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu. Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.

Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina
http://www.geocities.com/nordeanajane

Bahan-bahannya:-

2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat-siatkan)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 pokok daun bawang (dihiris)
garam ikut suka

Cara Membuatnya:- Panaskan minyak dan tumis cili, kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama 5 minit, kemudian masukkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang taburkan daun bawang.

nasi Dagang

nasi Dagang
http://www.geocities.com/nordeanajane

Bahan-bahannya:-

1 kg beras (direndam semalaman)
300 gm beras pulut (direndam semalaman)
2˝ cawan santan
1.2 cm halia (diracik)
10 ulas bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (diracik)
1 sudu teh halba
Sedikit garam dan gula

Cara Membuatnya:- Beras dan pulut ditoskan kemudian dikukus sampai masak. Masak santan, gula dan garam hingga mendidih. Masukkan nasi serta bahan yang diracik dan halba. Kacau rata-rata kemudian dikukus lagi sampai lembut dan berminyak.

SAMBAL UDANG PETAI

SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan

500 gram udang dibuang kulit
10 papan petai yang diambil bijinya sahaja
Cili Kering yang di blend
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit minyak
Sedikit Gula

Cara Membuatnya

Panaskan minyak, tumiskan cili blend
Apabila sudah naik minyak masukkan biji petai dan kacau dalam beberapa minit
Masukkan udang dan kacau sehingga air udang kering
Masukkan belcan yang di bancuh dengan sedikit air
Masukkan sedikit garam secukup rasa
Masukkan sedikit gula secukup rasa (kalau yg suka manis, letak la banyak skit

Kerabu Udang

Kerabu Udang:

Bahan-bahannya:-
sedikit minyak untuk menggoreng
1 ulas bawang besar - dihiris
1/2kg udang, direbus dan buang kulit
2 camca besar kacang dal - digoreng dan tumbuk
2 pokok daun bawang - dihiris
2 pokok daun ketumbar - dihiris
3 camca besar air asam limau
garam
serbuk perasa (jika suka)

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang sampai kuning.
Kemudian angkat dan tos minyaknya.
2. Masukkan udang dalam mangkuk dan campurkan kacang dal
yang di tumbuk, daun ketumbar, daun bawang, air asam, bawang
goreng dan garam.
3. Gaul semua bahan sampai rata dan secukup rasa dan hidangkan.

#Kepada yang suka pedas, boleh ditambah cili padi yang dihiris.

resepi sotong bakar

Sotong Bakar:

Bahan-bahannya:
Sotong - anggaran dalam 1 kilo
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 inci kunyit hidup
5 sudu makan kicap manis
1 biji limau nipis
garam dan serbuk lada.

Cara membuatnya:
Sotong dibersihkan dan dibelah.

1. Bawang merah, bawang putih, kunyit dan
cili merah ditumbuk.
2. Campurkan bahan ditumbuk dengan kicap manis
dan air limau nipis.
3. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada.
4. Sotong digaul dengan bahan yang telah dikisar.
5. Kemudian dipanggang berulang-ulang hingga masak.

ketam Bercili

ketam Bercili

Bahan-bahannya:
3 camca besar serbuk kari
2 ekor ketam - dibersihkan dan dikukus
garam dan air

Bahan tumis:
3 camca besar minyak masak
5 tangkai cili kering - dikisar
10 helai daun kari
7 ulas bawang merah - dihiris
1 biji limau kasturi - diambil perahannya

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis.
Kacau rata sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit garam dan tambah air jika
terlalu kering. Angkat dari dapur.
3. Tuang kuah tadi pada ketam dan hidang panas-panas.

Siput Sedut Berkuah Lemak:



500g siput sedut
Minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
3 cm halia - dihiris
1 biji keledek, dibuang kulit dan hiris nipis
1 helai daun kunyit - dicarik
2 camca teh serbuk kunyit
garam dan serbuk lada sulah
3 cawan santan cair

Cara membuatnya:-
1. Potong bahagian hujung yang tajam pada siput,
bersihkan dan tos.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang
putih dan halia. Apabila wangi masukkan keledek,
daun kunyit, serbuk kunyit, garam dan serbuk lada.
Kacau rata.
3. Masukkan santan. Apabila mendidih, masukkan siput.
Biar sehingga masak dan keledek empuk.

Monday, March 1, 2010

resepi daging dendeng

Resepi Daging Dendeng
Bahan A
½ kilo Daging
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh Serbuk Jintan Manis
1 sudu teh Serbuk Jintan Putih
1 sudu besar cuka masak
1 sudu teh serbuk ketumbar

Bahan B (Blenderkan semua)
Cili Kering
2 biji Bawang Merah sederhana besar
3 ulas Bawang Putih
2 cm Halia

-Air asam jawa
-Garam dan gula
-Bawang besar (dipotong bulat)

Cara Memasak:
1.Perapkan Bahan A selama 1 jam. Kemudian goreng daging separuh masak, ketepikan.
2.Tumis Bahan B sehingga masak. Masukkan sedikit garam, gula dan air asam jawa secukup rasa.
3.Masukkan daging tadi dan gaul rata sehingga kering.
4.Hiaskan dengan bawang bulat dan hidang panas-panas!

resepi ayam goreng berempah

Bahan2
Seekor ayam
1 biji bwg merah saiz sederhana (tumbuk)
5 ulas bwg putih (tumbuk)
satu sudu rata ketumbar (tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (tumbuk)
1/2 sudu jintan putih (tumbuk)
1 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
3/4 cawan susu cair dlm tin
satu sudu rata serbuk kari
daun kari (diramas)
garam secukupnya

Potong ayam. Campurkan kesemua bahan2 dan perapkan selama 2 jam..
Goreng dgn minyak yg banyak (tenggelam ayam) dgn api sederhana..

resepi lamb chop/ shoulder

4 ketul bahu kambing/lamb shoulder
(bahagian lain pun boleh...)
3 inci halia (ditumbuk)

5 ulas bawang putih (ditumbuk)
segenggam lada hitam (ditumbuk)
4 sudu besar sunquick oren
3 sudu besar cili mesin
3 sudu besar serbuk kurma ATAU serbuk kari
3 sudu besar butter
3 sudu besar susu ideal / susu cair dlm tin
1 sudu besar jintan manis
garam secukup rasa

Caranya :
1.Lumur kambing ngan halia, biarkan dlm setengah jam (utk hilangkn bau)
2.Masukkan semua bahan2, gaul dan perap selama 2 – 3 jam.
3.Bakar / grill sehingga masak.

* Baki bahan2 yg tinggal boleh dibuat sosnya.. Caranya :
1.Panaskan butter dalam 2 dudu besar.
2.Masukkan 1 labu bawang merah saiz sederhana yg dipotong kiub dan 1 ulas bawang putih yg ditumbuk.
3.Masukkan baki bahan perap, 1 sudu besar gula, 2 sudu besar sos cili 'Life' dan setengah cawan air.
4.Kacau sehingga pekat macam sos.

cara buat ikan pekasam


Bahan-bahan : Ikan puyu,loma,lampam.terbul dll
Beras (goreng dlm kuali tanpa minyak sampai kuning dan dimesin/tumbuk )
Garam (mesti mau banyak)

Cara dia : Mula2 basuh ikan bersih2 dengan air, buang insang dan perut..masukkan cuka sikit dlm air tu nak kasi ilang hanyir..pastu toskan...dah habis tos tu masukkan garam dalam perut ikan..letak banyak sket garam tu, pastu masukkan ikan tu dalam petisejuk dalam 2 hari..

Lepas 2 hari, ambik ikan tu basuh bersih2 supaya hilang garam dalam ikan... ikan tu tetap masin walaupun selepas dibasuh bersih...kemudian toskan lagi... Ambil beras goreng yang dimesin/tumbuk, masukkan dalam perut ikan, lumurkan kat badan ikan .... (nenek aku pesan tak payah letak asam jawa sbb nanti beras tu akan jadi masam)

... pastu susun kat dalam balang dengan perutnya di atas supaya beras tadi tak tumpah.....balang plastik simpan kuih raya tu pun takpe.. dah abis susun tutup balang rapat2... kalau boleh tutup lagi dgn plastik takut lalat datang bertelur kat celah2 tudung dia....

Lepas seminggu tengok ikan semua dah basah...buang air tu sikit sbb kalau tenggelam sangat nnt ikan jadi terlalu medak ..tak sedap...!!! kalau rajin alih2kan ikan yang di bawah ke atas supaya ikan di atas pun basah jugak... alih pelan2, sebaiknya pindahkan ke bekas lain takut nanti beras hancur tu terkuar dari perut ikan pulak..
Lepas seminggu lebih tu tengok ikan dah agak menjadi boleh la dipindahkan ke dalam plastik jernih pastu ikat kuat2 dengan getah....

resepi gulai kawah

Gulai Kawah.

Bahan-bahannya:
1kg daging tanpa lemak - rebus
separuh empuk terlebih dahulu
10 ulas bawang putih - dikisar
10 labu bawang merah - dikisar
2 inci halia - dikisar
4 biji cili hijau - dipotong dua
2 biji tomato - dipotong 4
1/2 cawan air asam jawa
4 sudu makan minyak masak
1 biji limau asam - ambil jus
air dan garam secukupnya

Bahan Rempah Pes:
3 sudu makan serbuk jintan manis, 2 sudu makan serbuk ketumbar
dan 2 sudu makan serbuk kunyit dicampur dengna sedikit air.

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga bau.
2. Masukkan rempah Pes dan kacau hingga naik wangi, masukkan
air, asam jawa dan garam. Biar didih selama 3 minit.
3. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan masak hinga betul-betul empuk. Masukkan tomato, cili hijau dan akhir sekali masukkan jus limau, kacau rata.
6. Bila cukup semua rasa bolehlah diangkat.

# Resipi ini saya ambil dari koleksi sahabat saya.