analitikal

Wednesday, April 14, 2010

sup belut ala thai

BAHAN BAHAN
½ kg belut yang siap dipotong dan dibersihkan

2 sudu minyak masak

2 ulas bawang merah - dimayang

3 ulas bawang puteh - dimayang

1 biji bawang besar - dimayang
umis
½ inci halia - dimayang

10 biji lada burung

sup bunjut- KALAU SUKA- kalau tiada memadai dengan bunga lawang, ketumbar, dan jintan manis (tumis masa nak masak)

3 batang serai-diketuk
sedikit lada hitam yang ditumbuk

1 rumpun daun bawang

1 rumpun daun sadri

1 rumpun daun ketumbar

2 biji limau nipispanaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak. goreng bawang merah hingga kekuningan, masukkan halia dan bawang puteh. kamudian masukkan 2 mangkuk air dan sup bunjut. bila air mendidih masukkan belut dan lada burung. Biarkan air mendidih sekali lagi. Masukkan garam dan ajinamoto sesedap rasa. sekiranya ingin pedas lagi taburkan 10 biji lada hitam.Bila sudah diangakat, taburkan daun bawang, daun sadri, daun ketumbar dan perahan air limau nipis

Tuesday, April 6, 2010

resepi untuk buat lasagna

Lasagne

Lasagne sheets (pilih yang pre-cooked or no cooking required)

Bahan2 utk filling sauce :
Tomato Puree
Cili Boh
Daging cincang
Bawang putih
Bawang merah (dihiris halus)
sedikit herbs
cumin atau jintan manis
gula, garam and pepper
Stock cube daging
Air

Caranya:
Tumis bawang putih dan merah hingga layu. Masukkan cili boh, cumin and tomato puree dan goreng hingga garing. Bila dah Ok, masukkan daging cincag dan kacau hingga sebati. Dah Ok, masukkan air dan stock cube dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa.

Bahan2 utk White Bechamel sauce :

Mentega (dalam 2 senduk)
tepung biasa (2 tablespoon)
susu (susu fresh atau susu UHT)
6 biji cloves (sorry... lupa nama melayu)
bawang satu labu
salt and pepper
bay leaf atau daun selasih

Caranya
1. Cucuk clove dalam bawang. Panaskan susu dalam saucepan dan masukkan bawang tadi dan daun selasih/bay leaf. Susu tak payah mendidih - cukup bila panas je. Ketepikan dan buang bawang tadi.
2. Cairkan mentega atas api sederhana. Bila dah cair, kecilkan api. Taburkan tepung sudu demi sudu dan kacau continously! Mentega tu akan meresap kat tepung jadi mesti jaga2!! Tepung tu sudah masak bila bau wanginya naik.
3. Bila agak OK, masukkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau hingga sebati. Senang kalau pakai hand whisk. Masukkan salt and pepper. Bechamel sauce ni warnanya creamy.

Menyediakan Lasagne :

1. Panaskan oven (dalam 250 deg. Celsius kira OKlah) Bila 2 sauce dah ready, sediakan satu rectangular pan (tinggi dalam 3-4 inci)
2. Layer filling sauce, followed by the lasagne sheet and then the bechamel sauce. Repeat sampai sauce semua habis. Akhirkan dengan sauce bechamel tadi.
3. Bakar dalam oven selama 25-30 min. Kalau nak tahu masak, cucuk lidi dan rasa kalau lasagne sheet tu keras ke lembut. Bila dah nak masak, tabur parmesan cheese dan masukkan oven sekejap
4. Bila dah masak, potong empat persegi dan hidang sama garlic bread.

resepi chiken chop

Chicken Chop

Untuk ayam:
1. 2 dada ayam dan 2 drumstick ayam (pilih yang leper sikit).
2. Air halia (halia ditumbuk dan dicampurkan sedikit air).
3. Garam.
Bersihkan ayam dan direbus bersama bahan 2 dan 3 di dalam periuk dan biarkan 30 minit dengan api yang perlahan.

Untuk perap: (bahan A)
1. 2 sudu jintan manis ditumbuk halus
2. 2 sudu lada hitam ditumbuk halus
3. 3 sudu serbuk roti atau breadcrumbs (optional)
4. 3 ulas bawang merah ditumbuk halus
5. 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
6. 2 inci halia ditumbuk halus
7. Sedikit gula dan garam serta lada sulah
8. Sedikit minyak sesame (minyak bijan)
9. Sedikit tepung jagung dan sedikit air
Bahan-bahan ini digaul dan ditepikan sementara itu.

Untuk sos mayonaise:
1. 2 sudu makan mayonaise cap lady�s choice (perasa lada sulah)
2. � kobis bulat dipotong halus
3. 1 ulas bawang besar
4. Sedikit air
Gaulkan bahan-bahan di atas dan dicampurkan air sehingga cair mengikut kecairan yang anda suka. Nak cair tambah le banyak air. Nak pekat sos tu, letak sikit air. Pandai-pandai le ikut suka hati. Kalau saya, tak terlalu cair atau tak terlalu pekat.

Dua biji telur dan sedikit garam dipukul.

Cara membuatnya:
Ayam yang direbus tadi, ditoskan dan di ketuk sampai penyek. Kemudian perapkan dengan bahan untuk perap (bahan A) dan tunggu le sampai 15 minit.
Bila dah diperap, celurkan ayam tersebut di dalam telur yang dipukul tadi. Goreng dalam minyak yang banyak. Sekadar tenggelam ayam tu. Angkat dan keringkan minyak itu.

sardine roti gulung

Bahan
Roti sandwich biasa
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
2 biji limau kasturi [ambil jus ]
1 biji cili merah cincang
1 labu kecil bawang besar cincang

Cara membuatnya:-
1. Masukkan bahan inti dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu.
2. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yg dipukul.
3. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam.
4. Golekkan gulungan roti diatas bread-crumb.
5. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan dalam tapisan supaya minyak menitis.
7. Hidangkan dengan cili sos.

resepi makaroni bakar

akaroni Bakar Ala Pizza

Bahan-bahan

250g makaroni
2 sudu besar serbuk kari
1 ulas bawang besar
1/2 biji capsicum
1/2 tin cendawan butang
100g daging
3 batang sosej
1/2 tin nenas
minyak untuk menumis
10 biji telur
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Rebus makaroni bersama sedikit planta,bila kembang toskan airnya.
2.Blenderkan 1/2 ulas bawang besar bersama dengan daging .
3.Capsicum Dan 1/2 ulas bawang besar dipotong dadu.
4.Nenas, cendawan dan juga sosej dipotong mengikut bentuk yang anda inginkan.
5.Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong telah dadu hingga layu.
6.Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air,kacau hingga wangi.
7.Masukkan daging yang telah diblenderkan.Kacau sebati.
8.Masukkan sosej,cendawan,nenas dan sedikit capsicum kacau.
9.masukkan sos tiram,sos cili dan garam.Akhir sekali masukkan makaroni kacau biar mesra.
10.Pecahkan telur di dalam bekas berasingan,pukul sedikit.
11.Lencerkan,acuan dengan planta supaya tidak melekat.Masukkan makaroni yang telah digoreng tadi.Kemudian masukkan telur yang telah dipukul ke dalam acuan tersebut.Taburkan capsicum di atasnya sebagai hiasan.
12.Bakar selama 45 minit di dalam oven dengan kepanasan,180 C
13.Setelah masak boleh la dihidangkan..

resepi beef steak enak

1 kilo daging , paling elok bahagian batang pinang(dipotong ikut saiz daging steak, boleh jugak diketuk-ketuk skit)

Resepi untuk diperap dengan daging:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit serbuk perasa
diperap dengan daging selama 2 jam 

Resepi untuk kuahnya:
10 ulas bawang putih
segenggam lada hitam(ikut selera masing masing)
4 sudu besar mayonis
1 sudu besar kicap ikan
2 sudu besar sos tiram
1 kiub perasa daging
sedikit serbuk perasa


CARA MEMBUATNYA: (KUAH)
Tumbuk lada hitam hingga lumat,kemudian masukkan bawang putih .
Tumis bahan bahan ini hingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air, diikuti dengan sos ikan,sos tiram dan kiub perasa daging.
Setelah menggelegak masukkan mayonis,kacau hingga sebati dan masukkan serbuk perasa
Setelah sedikit pekat,bolehlah diangkat.

Daging bolehlah dibakar diatas kuali tanpa minyak,bakar separuh masak.
Selepas itu tuangkan kuah adi diatas daging tersebut.

black papper crab/ ketam black papper

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
40 gm halia
1 tangkai cili merah
50 gm sos lada hitam
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
1 sudu lada hitam (tumbuk)
1 sudu kecil minyak bijan

CARA MENYEDIAKAN:
1)Rebuskan ketam dan ketepikan.
2)Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,bawang besar,halia dan cili yang dihiris halus.
3)Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam.
Kacau rata.
4)Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih.
5)Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul.
Gaul rata dan biarkan mereneh.

resepi chiken chop easy made with black papper souce

CHICKEN CHOP

bahan

2 keping dada ayam [buangkan tulang dan hiriskan besar tapi nipis]
1 s/k sos MAGGI Seasoning
1 biji putih telur
2 s/b tepung jagung
3 s/b minyak

bahan tumbuk halus
2 cm halia
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara
1. Perapkan ayam dengan bahan yang ditumbuk halus bersama sos MAGGI Seasoning selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam non-stik pan.
3. Cucukkan ayam dengan garfu dan celupkan dalam putih telur yg telah dipukul.
4. Golekkan ayam dalam tepung jagung.
5. Gorengkan dengan api sederhana sehingga warna keemasan.
6. Angkat ayam dan letakkan dalam pinggan bersana kentang goreng dan salad dan juga sosnya.




Sos Lada Hitam

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

resepi coleslaw enak

NICE COLESLAW

Bahan-bahan:

1/2 biji Kobis bulat } dihiris halus
1 btg lobak merah } dicincang halus
1 labu bawang besar} dicincang halus
6-8 sudu besar mayonis
6-8 sudu besar natural yogurt
garam secukupnya
serbuk lada hitam

Cara membuat:

Campurkan semua bahan didlm mangkuk, gaul sebati.
Sedia dihidangkan.