analitikal

Tuesday, August 14, 2012

IKANG SINGGANG KEMAMANG



BAHAN-BAHANNYA :
  • 3 ekor ikan kembong/selar/tongkol kecil
  • 1 biji bawang besar-hiris halus
  • 3 ulas bawang putih-hiris halus
  • 1 batang serai dititik/ boleh diganti dengan lengkuas
  • 1/2 inci halia-dihiris jika  suka
  • 1 biji cili merah- belah 2
  • 1/2 sudi teh serbuk kunyit jika suka
  • 2keping asam gelugor
  • 1 biji tomato-belah 4 jika suka
  • Garam dan sedikit gula
  • Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :
  • Masukkan semua bahan2 diatas ke dalam periuk kecuali ikan, garam dan gula. Tuang air secukupnya , masak hingga mendidih.
  • Tambah ikan,tomato, garam dan secubit gula. Masak hingga ikan masak, gunakan api sederhana

RESEPI IKAN BILIS SAMBAL PETAI GARING


BAHAN-BAHAN
  • Ikan bilis- 
  • 2 senduk cili kisar/Cili boh
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 papan petai-dibelah 2 dan ambil isi sahaja
  • 3 ulas bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • Garam Dan gula secukup rasa
  • Minyak
Cara2:
  • Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak, tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar,
    tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  • Masukkan cili kisar, masak sampai garing, kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
  • Masukkan garam, gula secukup rasa, kemudian masukkan petai, masak lagi hingga petai masak. Last sekali masukkan ikan bilis goreng, gaul rata.sedia untuk dihidangkan