Kerisik Kerang:
Bahan-bahannya:
1kg kerang - dicelur
3 cawan pati santan
1/2 biji kelapa - dijadikan kerisik
3 helai daun kunyit
garam
Bahan dikisar:
10 biji cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan isi kerang dan bahan dikisar.
2. Kemudian tuangkan santan, kacau rata, masukkan kerisik
dan garam.
3. Bila hampir kering masukkan daun kunyit.
4. Bolehlah diangkat bila sudah kering.
# Resipi ne pakndak ambik dari buku dan telah mencubanya,
resipi yang mudah jimat dan sedap.
No comments:
Post a Comment