Nasi Paprik
http://www.geocities.com/nordeanajane
Bahan-bahannya:-
1 mangkuk nasi putih
100 gm ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
1 cm halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu cili boh
Cili merah (dihiris)
Cili hijau (dipotong memanjang)
Bunga kubis
Daun bawang (dihiris)
Sedikit kicap cair
Garam dan serbuk perasa
Cara Membuatnya:- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan sedikit bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia sehingga wangi. Kemudian masukkan cili boh dan kacau selama 1 minit. Selepas itu masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau, lobak merah,kicap cair, bunga kubis dan daun bawang. Kacau semua bahan-bahan ini sehingga sebati dan sama rata. Biarkan selama 2 minit kemudian angkat. Hiaskan dengan daun salad, cili merah yang dipotong berjurai-jurai. Taburkan bawang goreng di atas nasi ketika menghidang.
No comments:
Post a Comment