analitikal

Saturday, October 25, 2008

CHAR KUEY TIAW PENANG

* UTK PASTE *
• 200 gm udang
• 250ml air
• 4 ulas bawang putih di ketuk
• 6 sb sos tiram
• 3 sk kicap pekat
• 3 sb kicap manis
• 1 sk petis
• 2 sb pati ikan bilis / pati udang
• 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
• 1 sk gula

• * UTK MEE *
• 300 gm kuey teow
• 1 sb cili boh
• kerang
• sedikit kucai & taugeh
• 2 biji telur

Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan
ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga
menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah
simpan dlm fridge.

3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan
udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak
berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau
dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan
api kuat semasa memasak.

5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai.
Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis
kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan
manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau
rasa cam tawar leh adjust eh......

*utk lebeh menjadi, dptkan kicap char kuey tiaw, tp kena pesan org penang lerr

No comments: