analitikal

Tuesday, November 18, 2008

RESIPI MASAKAN BERASASKAN AYAM

RESIPI AYAM GORENG HALIA


Bahan-bahan
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
6. Hidangkan.

RESIPI AYAM PANGGANG MAGRIBI

Bahan-bahan

1 ekor ayam (2 kg), dibersihkan dan dipotong 2 (saya guna chicken breast sahaja)

Garam secukup rasa (biarkan masin sikit)



Bahan sampingan

Daun salad, disiat kasar-kasar

Timun & tomato dihiris-hiris

Ubi kentang, direbus, dikupas dan dihiris-hiris

Lemon, dipotong baji

Daun pudina



Rempah Chermoula (dikisar halus-halus)

3 tangkai cili merah

1 sdb cili serbuk

1 sdb paprika

1 sdt kunyit serbuk

1 sdt jintan putih/halus serbuk

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1/2 cawan hirisan daun ketumbar

1/4 cawan minyak zaitun

Air perahan daripada 1/2 biji lemon



Cara



1.
Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
2.
Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan ia ke suhu bilik.
3.
Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 180C selama 45 minit, dengan membalik-balikkannya setiap 20 minit.
4.
Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.
RESIPI AYAM GOLEK

Bahan-bahan ( 2 )

* 2 bhgian paha ayam
* 1 mangkuk santan
* 5 biji bawang merah
* 1 batang serai
* 2 ulas bawang putih
* 3 tangkai cili kering
* sedikit kunyit dan sedikit halia

Cara-cara

1. bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus
2. kemudian masukkan bahan2 kisar serta ayam kedlm santan pekat.masak hingga ayam separuh masak.
3. kleuarkan ayam td dan bakar antara 20-25mnt
4. kuah rebusan ayam td di sapukan pada ayam yg sedang dibakar.
5. siap utk dimakan


RESIPI AYAM MASAK KICAP

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

* 1 bahagian paha ayam
* garam kunyit secukupnya
* minyak untuk menggoreng
* 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
* 2 ulas bawang puting- mayang
* 1cm halia- cincang halus
* kicap pekat manis secukupnya
* 2-3 biji cili padi- potong dua
* 1-2 batang cili hijau

Cara-cara

1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
6. Siap untuk dimakan.


RESIPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan ( 3 orang )

* 1/2 ekor ayam
* garam kunyit
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 cawan sos cili
* 1/2 cawan sos tomato
* 1/2 cawan kicap
* 2 sudu besar sos tiram
* sedikit air
* 1cm halia
* 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara

1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.


RESIPI AYAM PERCIK KUNING

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 1 sekor ayam yang dipotong 4
* 1 1/2 cawan santan pekat
* 2 biji bawang putih
* 1 labu bwg besar
* 2 cm halia
* 2 batang serai
* 1 camca kecil ketumbar
* 1/2 camca kecil jintan putih
* 1/2 cawan tepung beras
* sedikit air asam jawa@asam keping
* cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
* garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2



RESIPI KURMA AYAM

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara

1.
Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.
2.
Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.
3.
Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendideh.
4.
Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.
5.
Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
6.
Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.
7.
Hidangkan dengan nasi atau roti.





RESIPI AYAM GULAI KUNING

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 1 ekor ayam dibuang kulitnya
* # 8 biji bawang merah
* # 4 biji bawang putih
* # 2 inci halia
* # 1 biji kunyit sebesar ibu jari
* # Segengam ketumbar
* * Sedikit jintan manis dan bunga pelaga
* * 2 batang kayu manis
* * 3 biji bunga lawang
* Sebiji santan kelapa atau 1 tin susu cair F&N
* Garam dan serbuk perasa
* 4 biji kentang dipotong 2

Cara-cara

1. Bersihkan ayam dan kemudian lumurkan sedikit dengan tepung dan garam untuk mengelakkannya mudah hancur sewaktu memasakknya.
2. Tumbuk kesemua bahan yang bertanda #.
3. Kemudian tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi bersama bahan bertanda *
4. Masukkan ayam dan gaulkan sebentar bersama bahan tumisan selama 2 minit.
5. Masukkan sedikit air agak-agak air setengah dari ayam di dalam periuk.
6. Kemudian masukkan kentang dan tutup sehingga ianya separuh masak.
7. Bila sudah separuh masak masukkan santan atau susu cair, garam dan serbuk perasa.
8. Pastikan api serdahana besar supaya santan tidak pecah.
9. Biar sehingga santan mendidih dan ayam tadi masak.
10. Hidangkan.

Isi Ayam Goreng

Bahan-Bahan
400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan

1.
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
2.
Gaul hingga adunan menjadi sebati.
3.
Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
4.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
5.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
6.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
7.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
8.
Sedap dihidangkan semasa panas.



RESEPI AYAM LEMON

Sos Lemon

Bahan-Bahan

4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

1.
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
2.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
3.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
4.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.



RESIPI KERUTUK AYAM


Bahan-bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek
3 s/b minyak untuk menumis

Bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih
Cara Memasak
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.





RESIPI AYAM MADU

Bahan-bahan ( 2-4 )

* 1/2 ekor ayam
* garam
* kunyit
* 1 sudu rempah kari ayam
* 3 ulas bawang putih
* 1 inch halia
* bawang besar
* cili kering
* madu
* gula merah
* sos/tomato puree
* air

Cara-cara

1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.



RESIPI AYAM PADPRIK

Bahan-bahan ( 2 org makan )

* 300-400 gram boneless chicken
* 2 sudu minyak masak
* sedikit hirisan bawang merah
* 4/5 sudu kicap (manis atau masin)
* 1 sudu sos tiram
* 1 carrot
* sedikit serbuk lada hitam
* 1 sudu sos tomato

Cara-cara

1. panaskan minyak masak
2. tumis hirisan bawang merah sehingga sedikit kekuningan dan naik bau
3. masukkan kicap dan tambahkan air (makesure digaul seketika supaya tidak melekat di kuali) pastu masukkan sos tiram n sos tomato. gaulkan.
4. erm bila dah nak masak, masukkan garam & serbuk lada hitam. gaulkan.
5. masukkan carrot yg telah dihiris halus. gaulkan seketika.
6. masukkan ayam yg telah dihiris halus dan gaulkan sehingga masak. (around 7-10 minutes)
7. hidangkan dengan nasi putih panas dan jus limau. fuh sodapppp~
8. notes - boleh gak tambah kacang pin mase letak carrot td and kalo bole, gune minyak jagung (corn oil) utk menumis supaya kurang kolesterol. kesihatan tu penting.



RESIPI AYAM MASAM PEDAS

Bahan-bahan ( 5-6 Orang )

* Ayam 1 Ekor
* Cili Kering
* Bawang Putih
* Bawang Merah
* Halia
* Kunyit Hidup
* Belancan
* Daun Kesum dan Asam Jawa

Cara-cara

1. Kisar kan bahan bahan seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit halia dna belacan.
2. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan yg dikisar tadi, Selepas naik bau dan cili sudah masak, masukkan ayam sehingga keluar airnya.
3. Masukkan kan air asam jawa sehingga menjadi kuah, akhir sekali masukkan daun kesum dan tunggu sampai ia betul betul masak..



RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan ( seramai yang boleh )

* 1 ekor ayam yang dipotong - potong
* sedikit serbuk perasa ( ajinomoto )
* serbuk kari daging atau ikan ( xkira jenama apa )
* tepung rangup atau tepung goreng kfc

Cara-cara

1. potong ayam mengikut kesukaan,kemudian basuh dan toskanlah...
2. perapkan ayam dengan sedikit serbuk perasa lebih kurang dalam 2 - 3 minit ( bukan apa untuk melembutkan ayam tu )
3. kemudian gaulkan ayam tadi kedalam serbuk kari sehingga semuanya terkena rempah
4. akhir sekali gaulkan plak dengan tepung goreng rangup atau kfc (lebih sedap tepung kfc)kemudian panaskan minyak lalu digoreng.
5. apabila dah masak bolehlah dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja bersama sos kegemaran anda..
6. cubalah pasti sedap.terangkat abis....



RESIPI SUP AYAM

Masakan ini merupakan makanan orang Malaysia.Cara buatnya simple sangat2...Masa yang nak diambil untuk buat sup ni kira2 15 minit sahaja.


Bahan-bahan ( 5 orang makan )

* 1/2 ekor ayam yg. telah dibersihkan
* 1 batang lobak merah(dipotong dadu)
* Kiub ayam 2 ketul
* garam secukup rasa
* dan d.bawang serta d.sup.

Cara-cara

1. Rebus ayam (untuk mendapatkan sup yg.banyak,bolehlah tambahkan air ikut citarasa).
2. Setelah didapati ayam itu separuh masak,masukkan lobak merah, kiub ayam MAGGI dan garam secukup rasa.
3. Setelah ayam dan lobak merah empok,bolehlah anda menghiasnya dengan d.sup dan d.bawang.

RESIPI

No comments: