analitikal

Tuesday, November 25, 2008

Botok ikan(Pahang Menu)

1ekor Kelah/Sebarau/Baung (1kg ~ 2kg)
10 Helai daun kaduk
3 Helai daun kunyit
5 Tangkai chili api
3 labu bawang merah
Santan kelapa (sebiji)
1cm Kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa

1.Biarkan Ikan tersebut selama 24jam tanpa dibersihkan selepas itu barulah bersihkan ikan tersebut tanpa membuang sisiknya, gaulkan ikan tersebut dangan garam kasar sebanyak segengam dan toskan airnya selama 2 atau 3 jam.
Selepas itu basuh semula ikan tersebut dan sedia untuk dimasak.
2.Daun kaduk dan kunyit hendaklah di hiris nipis.
3.Tumbuk chili api, kunyit hidup, bawang dan sesudu garam hingga lumat.
Cara cara memasak:
1.Panaskan periuk dan masukkan santan, bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kaduk dan kunyit.
2 Setelah mendidih, masukkan ikan tersebut.
3.Biarkan ianya mendidih sehingga kuah pekat.
Tambahkan garam bila perlu ( lebih masin lebih sedap)
Hidangkan dengan nasi panas

No comments: