analitikal

Tuesday, November 25, 2008

Tumis Selat Ikan Terubuk

Tumis Selat Ikan Terubuk

Bahan Bahan:-
1 ekor ikan terubuk sederhana besar
1 sudu teh asam jawa
1 cm kunyit hidup
1 genggam daun bawang
4 Biji Chili Hijau.
4 Biji Chili Api
2 labu bawang merah
1 1/2 liter air.
sedikit garam dan serbuk perasa.

Cara cara:-
1.Bersihkan ikan dan dipotong 8 bahagian kemudian tuskan.
2.Mayam bawang merah.
3.Perah asam jawa dan ambil patinya
4.Tumbuk Kunyit hingga lumat
5. Chili hijau dibelah 4.
6.Belah 2 chili Api.
7. Bersihkan Daun Bawang dan dipotong 1 1/2 inci panjang.

Memasak:-
Masukkan air kedalam periuk dan masukkan bahan bahan tersebut diatas kecuali daun bawang dan ikan.
Setelah kuah mendidih barulah masukkan Ikan tersebut.
Kemudian masukkan pula Garam dan serbuk perasa.
Setelah ikan tersebut masak barulah masukkan daun bawang kemudian sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.

No comments:

There was an error in this gadget