analitikal

Wednesday, April 23, 2008

RESIPI SIPUT GONDANG BERCILI

Gondang Bercili:

Bahan-bahannya:
isi gondang agak dalam 500gm
1 sudu teh gula
1 batang serai diketuk
4 ulas bawang merah - kisar
20 biji cili kering - kisar
3cm belacan - kisar
4 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar
hingga naik bau.
2. Masukkan serai, gula, asam keping, garam dan
isi gondang.
3. Kacau rata, bila masak dan cukup rasanya
boleh diangkat dan hidang.

# kalau suka kita boleh tambah terong pipit
(terong belanda kedah panggil)
# sejenis masakan yang mudah dan jimat. sila cuba.

No comments: