analitikal

Wednesday, April 23, 2008

RESIPI SUP SAYUR CAMPUR

Sup Sayur-Sayuran Campur

Bahan-bahannya:
20 ekor udang sederhana besar, buang kulit dan cuci
10 ekor sotong yang kecil - dibersihkan
1/2 tin kecil cendawan butang
1 batang lobak merah - dipotong persegi kecil
1 sudu besar serbuk lada
1 kiub stok ikan bilis
4 putik jagung - dibelah 2
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 cm halia - ditumbuk halus
1 pokok daun bawang - ditumbuk halus
sedikit suhun - direndam
garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih dan halia sampai kuning.
2. Masukkan sotong, udang dan 2 cawan air.
3. Biar sampai kuahnya mendidih, masukkan kuib ikan
bilis, sebuk lada, garam dan serbuk perasa jika suka.
4. Apabila kuahnya mendidih, masukkan lobak merah,
cendawan butang, suhun dan putik jagung.
Masak dan hidang.

# jika nak tambah selain dari sayuran diatas pun boleh.
ikut citarasa anda. janji boleh makan.

No comments:

There was an error in this gadget