analitikal

Wednesday, April 23, 2008

SIAKAP STIM LAGI

Siakap Kukus Ala Cina

Siakap sekor yang telah dibersihkan
Halia 2 cm diracik
Setangkai daun sup
Setangkai daun bawang
Setangkai serai ditumbuk
3 camca besar sos tiram
1 biji Bwang besar dimayang
2 sudu serbuk lada hitam
(Kalau nak sedap lagi beli rempah maggi Black Pepper tu)
Seulas bawang merah dan putih (dihiris)
Sesudu minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasaknye...

Ikan siakap di gaul dengan sedikit garam, sedikit halia yang diracik tadi dan daun serai yang ditumbuk
Apabila masak .. letakkan di dalam pinggan

Sosnye....
Panaskan kuali
Masukkan minyak
Masukkan bawang putih dan merah yang dihiris tadi bersama halia dan bawang besar.
Bila naik bau .. masukkan sos tiram,
Kacau hingga sebati ..
Masukkan serbuk lada hitam yang dibancuh dengan sedikit air..
Kacau dan tambah sedikit garam ..

Bila dah masak..curahkan sos tadi atas ikan siakap..
Last sekali taburkan daun bawang dan daun sup tadi yang dihiris halus...

Jejejeng... buleh dihidangkan....

No comments:

There was an error in this gadget