analitikal

Wednesday, April 23, 2008

RESIPI KOLIO IKAN AIR TAWAR

Kolio Ikan Lampam:

Bahan-bahannya:
10 ekor ikan lampam
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1 bungkus cili boh
1 biji kelapa - ambil santan
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
garam dan gula

Cara membuatnya:
1. ikan dibersihkan dan direndam dalam air
asam dan garam.
2. halia, serai, lengkuas dan kunyit ditumbuk
halus. panaskan kuali dan tumis.
3. bila naik bau, masukkan cili boh dan daun kunyit,
setelah agak kering masukkan santan.
4. akhir sekali masukkan ikan.
5. masak hingga cukup rasa, biarkan agak kering
dan barulah diangkat.

No comments:

There was an error in this gadget