analitikal

Wednesday, April 23, 2008

RESIPI KETAM MASAK LEMAK

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK HIJAU

500g siput sedut
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk diblend bersama:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm kunyit hidup
15 biji cili padi hijau

Separuh nanas dihiris / diracik

1 helai daun kunyit - dicarik
3 cawan santan cair
Sedikit garam sesedap rasa

Cara membuatnya:-
1. Potong bahagian hujung yang tajam pada siput,
bersihkan dan tos.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend tadi,
3. Apabila pekat, masukkan santan
4. Apabila menggelegak masukkan nanas .. gaul hingga rata
5. Bila nanas empuk, masukkan siput .. masukkan garam
6. Biarkan selama lebih kurang 3 minit ,..
7. Masukkan daun kunyit .. kacau .. tutup api ...
DAN NGAP....

Kenapa dinamakan HIJAU, sebab masa masukkan santan tu dia jadi kaler hijau....

No comments:

There was an error in this gadget