analitikal

Wednesday, April 23, 2008

RESIPI MASAK LEMAK CILI API IKAN SEMBILANG SALAI

Bahan2;

ikan sembilang- 4 ekor
cili api- 15 biji ( lagi podeh.. lagi sodap ))
kunyit serbuk- sedikit
santan- 1 biji kelapa
2 keping - asam keping
garam secukup rasa

Cara2 nya...

1. ikan sembilang di bersih kan & di salai atas bara api....
2. tumbuk cili padi dan campurkan bersama2 santan kelapa, serbuk kunyit, asam keping...
3.. masak santan sehingga mendidih
4. setelah itu masukkan ikan sembilang yg telah di salai
5. biarkan sehingga santan & ikan benar-benar masak
6. boleh laa makan...

*ikan sembilang boleh juga di panggang di dlm microwave / oven... tp x sesedap menggunakan cara tradisional nii

** kalau guna kunyit hidup lagi sedap....

***boleh di tambah pisang muda, belimbing buluh, rebung pun buleh yo !!!

No comments:

There was an error in this gadget