analitikal

Wednesday, April 23, 2008

KERABU BUNGA BETIK

Kerabu Bunga Betik:
Bahan-bahannya:
1 pinggan makan bunga betik muda
1/2 biji kelapa
5 ulas bawang merah
10 biji cili padi
udang kering atau ikan bilis (anggaran dalam RM1.00)
2 biji limau nipis
garam

Cara membuatnya:
1. Bunga betik dicelur sampai empuk kemudian angkat dan tos.
2. Kelapa diparut, lepas itu digoreng kuning dan ditumbuk.
3. Bawang merah, cili padi dan ikan bilis/udang kering ditumbuk
lumat.
4. Gaul bahan ditumbuk tadi bersama kelapa dan bunga betik
dalam satu bekas, masukkan garam secukupnya dan perahan
air asam limau.
5. Setelah itu bolehlah dihidangkan.

No comments:

There was an error in this gadget