analitikal

Wednesday, April 23, 2008

RESIPI IKAN HARUAN PANGGANG

HARUAN PANGGANG

Bahan-bahan :
1 ekor ikan haruan saiz L
kelapa parut
cili kering
bawang merah
daun kunyit (diracik halus)
garam

Cara Menyediakannya :
Ikan haruan dibelah belakang dan dibersihkan.
Lumur garam dan serbuk kunyit pada ikan haruan dan dibiarkan kira2 10 minit.



Cili kering, garam dan bawang merah ditumbuk halus. Campurkan kelapa parut dan daun kunyit yang diracik tadi dan digaul sehingga sebati.
Ikan haruan tadi dibuka belakangnya, masukkan campuran kelapa parut yang digaul tadi ke dalam badan ikan tersebut.
Bakar di atas bara api sehingga masak..

Dah masak bolehlah dimakan panas dengan nasi .... kat restoran atau kedai2 makan rasanya takde menu ikan haruan bantut ni..jadi kenalah cuba sendiri kalau nak rasa resepi orang dulu-dulu ni..

No comments:

There was an error in this gadget