analitikal

Wednesday, April 23, 2008

RESIPI SUP IKAN MERAH

sup ikan merah

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan merah (sederhana besar)
1 bungkus sup bunjut adabi
2 biji ubi kentang (dipotong 4)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 keping asam gelugur
1 inci halia (diketuk)
3 batang serai (dititik)
sedikit lada hitam (dikisar kasar)
daun sup
daun bawang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
3 ½ cawan air
Cara:
bersihkan ikan dan toskan. Panaskan sedikit minyak kedalam periuk. tumiskan bawang merah, bawang putih berserta dengan sup bunjut. Setelah kekuningan, masukkan air,kentang,asam gelugur ,halia,serai dan lada hitam. Biarkan selama 3 minit diatas api yang sederhana. Setelah mendidih, masukkan ikan merah tadi dan tambahkan sedikit garam. Biarkan selama 2 minit atau sehingga isi ikan itu masak. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang tadi. Sedia untuk hidangan.
Cadangan Hidangan:
sesuai dimakan bersama dengan nasi.
Tambahan:
jangan biarkan ikan dimasak terlalu lama kerana ini akan membuatkan isi ikan hancur dan menghilangkan keenakan rasa ikan.

No comments:

There was an error in this gadget