analitikal

Wednesday, April 23, 2008

RESIPI IKAN TILAPIA

Pais Tempoyak Ikan Talapia:

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan talapia - saiz sederhana
3 sudu makan tempoyak baru
10 biji cili padi - ditumbuk lumat
(lebihkan jika suka pedas)
1 labu bawang besar - dihiris
1 batang serai - dihiris kecil
3cm kunyit hidup - ditumbuk lumat
1/2 cawan santan pekat
garam dan daun pisang

Cara membuatnya:
1. Gaul kunyit, cili padi, tempoyak, serai dan bawang.
2. Lumur badan ikan dengan garam dan bahan-bahan tadi,
letak atas daun pisang.
3. Tuang santan di atas badan ikan.
4. Balut kemas ikan dengan daun pisang, bakar
di atas bara api, kuali atau ketuhar.

# jika dibalut dengan daun mengkudu, rasa lebih enak dan
berbau harum.

No comments:

There was an error in this gadget