analitikal

Tuesday, February 23, 2010

SUP KOMBI MAKANAN LAUT

SUP KOMBI MAKANAN LAUT (original resepi dari majalah Saji)

Bahan-bahan:

300 udang sederhana
150 g fillet ikan tenggiri } dihiris
150 g sotong } dipotong bulat
1 ekor ketam } dipotong 4
2 batang serai } dititik
2 batang serai } dihiris nipis
1 cm lengkuas } dihiris nipis
1 tangkai daun ketumbar } dihiris
6 helai daun limau purut
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau nipis
300 ml santan
400 ml stok ikan

Cara membuat:

Dalam periuk stok, campurkan serai, daun limau purut, lengkuas dan stok ikan.
Bila mendidih, kecilkan api masukkan santan, sos ikan, jus limau nipis dan makanan laut serta garam secukup rasa.
Biarkan makanan laut masak boleh lah diangkat.
Taburkan dgn daun ketumbar sebelum dihidangkan.

4-5 resipi hari ini diambil dari sembang2melayu

SAYUR TUMIS LABU AIR

SAYUR TUMIS LABU AIR

Bahan-bahan:

1 biji atau 400g labu air}dibuang kulit kemudian potong kecil
1 ulas bawang merah } ditumbuk
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam } ditumbuk
10 ekor udang basah
sedikit suhun
1-2 sudu besar minyak untuk menumis
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing, kemudian masukkan air serta udang.
Bila mendidih masukkan labu dan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih seketika masukkan suhun kemudian kacau sebati bolehlah diangkat.

ROJAK BETIK ALA TERENGGANU

ROJAK BETIK ALA TERENGGANU

Bahan-bahan:

300 g ikan selayang } dipanggang tawar
1 biji betik muda } diparut
1 biji timun } dipotong halus
1 biji nenas } dipotong kecil
200 g taugeh } dicelur dlm air mendidih selama � minit
4 sudu besar cili kisar/giling
1 sudu makan asam jawa
2 cawan air masak
  1keping gula melaka
10 sudu besar cuka
garam secukup rasa

Cara membuat:

Ambil isi ikan kemudian tumbuk sehingga lumat.
Asam jawa dicampurkan dgn air buang bijinya utk ambil airnya sahaja.
Masukkan ke dalam mangkuk isi ikan, cili kisar, air asam jawa, cuka, gula melaka dan garam, kacau sebati.
Campurkan betik, timun, nenas dan taugeh kemudian tuangkan kuah diatasnya.
Sedia untuk dimakan.

peria masak taucu

PERIA MASAK TAUCU

Bahan-bahan:

300 g peria
2 ulas bawang putih } ditumbuk
2 tangkai cili merah } ditumbuk
2 sudu besar taucu } dimasukkan dlm penapis kemudian lalukan air
1 biji tomato } dipotong 4
serbuk perasa jika suka
2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuat:

Bersihkan peria, buang bijinya dan potong kecil
Rendam peria dalam air garam selama 15 minit kemudian basuh dan toskan
Panaskan minyak, tumiskan bahan yg ditumbuk sehingga naik baunya.
Masukkan taucu dan sedikit air jika perlu
Masukkan peria dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan sedikit bahan perasa dan tomato
Goreng sekejap dan angkat.

hati goreng berempah

HATI GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

1kg hati lembu/ayam
2 sudu besar rempah kari daging } dibancuh dgn sedikit air panas
  1cawan santan pekat
5 ulas bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih } dimayang
2 cm halia } dimayang
2 batang serai } diketuk atau dihiris
2 sudu kecil lada hitam } ditumbuk halus
1 labu bawang besar } dipotong bulat
air asam jawa secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa.
6 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuat:

Hati dipotong kemudian dibersihkan.
Gaulkan hati dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak Goreng hati hingga masak.
Keluarkan hati, dgn menggunakan minyak yg sama tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah dan lada hitam, tumis lagi sehingga pecah minyak.
Masukkan santan, air asam jawa bila mendidih masukkan hati.
Bila kuah pekat rasakan garamnya kemudian masukkan bawang besar kacau sekejap bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

resipi opor ayam

OPOR AYAM
Bahan A
ketumbar
jintan putih
lada putih
halia
kunyit
lengkuas
buah pala
buah keras
bwg putih dan bwg merah - sama banyak

Bahan B
bwg merah - dihiris
daun limau purut
serai - diketuk

Cara
Goreng bhn B dgn minyak yg sikit hingga naik bau.
Masukkan bahan A pula.
Bila dah wangi...masukkan pula ayam...tambah sikit air
Bila ayam dah separuh matang, masukkan pula sedikit santan
Kacau rata dan biarkan seketika

resepi ayam / daging masak hitam

Ayam masak hitam

5 ketul ayam
2 camb sos tiram
1 camb kicap manis
1 camt kicap pekat
(semua ni perapkan)
*ATAU gaulkan dengan garam kunyit

Kulit kayu manis
2 btg serai diketuk

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
(dimesin)

1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
1/2 camt kas-kas
(ditumbuk)
1 camb cili mesin

1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris

Caranya:
1. Gorengkan ayam sebentar, angkat.
2. Tumiskan kulit kayu manis + serai, masukkan jintan yg ditumbuk.Masukkan bawang yg dimesin, masak sampai wangi.
3. Masukkan cili mesin.
4. Masukkan baki perapan ayam tadi, kalau kurang rasa tambahkan kicap.Masukkan 1 camt kicap pekat.
5. Masukkan bawang dan cili yg dihiris.
6. Siap.

resipi bubur ayam

BUBUR AYAM

Bahan-Bahan:

 1/2 ekor ayam } dipotong kecil
4 liter air
2 cawan beras } dicuci bersih
1 in halia } dihiris nipis
1-2 batang serai } diketuk
1 ulas bawang putih } diketuk
1 tangkai daun bawang } dihiris
1 tangkai daun sup } dihiris
8-10 ulas bawang merah } dijadikan bawang goreng
garam secukupnya

Cara membuat:

Masukkan ke dalam periuk, ayam, air, halia, bawang putih, serai dan garam.
Apabila ayam empuk, keluarkan ayam dan siat2kan isinya. Ketepikan.
Air rebusan ayam digunakan untuk merebus beras hingga hancur. Jika perlu boleh tambah air lagi.
Ketika menghidang taburkan isi ayam, bawang goreng, daun bawang dan daun sup

Nota: Jika suka boleh juga ditaburkan lobak asin dan letak sedikit sambal kicap.

resepi sup kupang ( mussel soup , seafood soup

SUP KUPANG (MUSSEL) Bahan-bahan:


1 kg mussels atau lain-lain seafood
2 batang serai } ketuk 
1 cm lengkuas } dihiris atau diketuk
1 tangkai daun ketumbar } dihiris
1 ulas bawang putih } diketuk
7-8 tangkai cili api } diketuk/dihiris jika suka pedas boleh tambah lagi
5-6 helai daun limau purut
2 sudu besar sos ikan
jus limau nipis secukup rasa
1 sudu besar pati santan
750 ml air

Cara membuat:

1.campurkan serai, daun limau purut, lengkuas, bawang putih dan air.
Bila mendidih, kecilkan api masukkan santan, sos ikan, jus limau nipis , cili api, mussel dan garam secukup rasa.Taburkan dgn daun ketumbar sebelum dihidangkan