analitikal

Tuesday, February 23, 2010

resipi bubur ayam

BUBUR AYAM

Bahan-Bahan:

 1/2 ekor ayam } dipotong kecil
4 liter air
2 cawan beras } dicuci bersih
1 in halia } dihiris nipis
1-2 batang serai } diketuk
1 ulas bawang putih } diketuk
1 tangkai daun bawang } dihiris
1 tangkai daun sup } dihiris
8-10 ulas bawang merah } dijadikan bawang goreng
garam secukupnya

Cara membuat:

Masukkan ke dalam periuk, ayam, air, halia, bawang putih, serai dan garam.
Apabila ayam empuk, keluarkan ayam dan siat2kan isinya. Ketepikan.
Air rebusan ayam digunakan untuk merebus beras hingga hancur. Jika perlu boleh tambah air lagi.
Ketika menghidang taburkan isi ayam, bawang goreng, daun bawang dan daun sup

Nota: Jika suka boleh juga ditaburkan lobak asin dan letak sedikit sambal kicap.

No comments:

There was an error in this gadget