analitikal

Tuesday, February 23, 2010

hati goreng berempah

HATI GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

1kg hati lembu/ayam
2 sudu besar rempah kari daging } dibancuh dgn sedikit air panas
  1cawan santan pekat
5 ulas bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih } dimayang
2 cm halia } dimayang
2 batang serai } diketuk atau dihiris
2 sudu kecil lada hitam } ditumbuk halus
1 labu bawang besar } dipotong bulat
air asam jawa secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa.
6 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuat:

Hati dipotong kemudian dibersihkan.
Gaulkan hati dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak Goreng hati hingga masak.
Keluarkan hati, dgn menggunakan minyak yg sama tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah dan lada hitam, tumis lagi sehingga pecah minyak.
Masukkan santan, air asam jawa bila mendidih masukkan hati.
Bila kuah pekat rasakan garamnya kemudian masukkan bawang besar kacau sekejap bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

There was an error in this gadget