analitikal

Tuesday, February 23, 2010

SUP KOMBI MAKANAN LAUT

SUP KOMBI MAKANAN LAUT (original resepi dari majalah Saji)

Bahan-bahan:

300 udang sederhana
150 g fillet ikan tenggiri } dihiris
150 g sotong } dipotong bulat
1 ekor ketam } dipotong 4
2 batang serai } dititik
2 batang serai } dihiris nipis
1 cm lengkuas } dihiris nipis
1 tangkai daun ketumbar } dihiris
6 helai daun limau purut
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau nipis
300 ml santan
400 ml stok ikan

Cara membuat:

Dalam periuk stok, campurkan serai, daun limau purut, lengkuas dan stok ikan.
Bila mendidih, kecilkan api masukkan santan, sos ikan, jus limau nipis dan makanan laut serta garam secukup rasa.
Biarkan makanan laut masak boleh lah diangkat.
Taburkan dgn daun ketumbar sebelum dihidangkan.

4-5 resipi hari ini diambil dari sembang2melayu

No comments:

There was an error in this gadget