ROJAK BETIK ALA TERENGGANU
Bahan-bahan:
300 g ikan selayang } dipanggang tawar
1 biji betik muda } diparut
1 biji timun } dipotong halus
1 biji nenas } dipotong kecil
200 g taugeh } dicelur dlm air mendidih selama � minit
4 sudu besar cili kisar/giling
1 sudu makan asam jawa
2 cawan air masak
1keping gula melaka
10 sudu besar cuka
garam secukup rasa
Cara membuat:
Ambil isi ikan kemudian tumbuk sehingga lumat.
Asam jawa dicampurkan dgn air buang bijinya utk ambil airnya sahaja.
Masukkan ke dalam mangkuk isi ikan, cili kisar, air asam jawa, cuka, gula melaka dan garam, kacau sebati.
Campurkan betik, timun, nenas dan taugeh kemudian tuangkan kuah diatasnya.
Sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment