analitikal

Tuesday, April 6, 2010

resepi beef steak enak

1 kilo daging , paling elok bahagian batang pinang(dipotong ikut saiz daging steak, boleh jugak diketuk-ketuk skit)

Resepi untuk diperap dengan daging:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit serbuk perasa
diperap dengan daging selama 2 jam 

Resepi untuk kuahnya:
10 ulas bawang putih
segenggam lada hitam(ikut selera masing masing)
4 sudu besar mayonis
1 sudu besar kicap ikan
2 sudu besar sos tiram
1 kiub perasa daging
sedikit serbuk perasa


CARA MEMBUATNYA: (KUAH)
Tumbuk lada hitam hingga lumat,kemudian masukkan bawang putih .
Tumis bahan bahan ini hingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air, diikuti dengan sos ikan,sos tiram dan kiub perasa daging.
Setelah menggelegak masukkan mayonis,kacau hingga sebati dan masukkan serbuk perasa
Setelah sedikit pekat,bolehlah diangkat.

Daging bolehlah dibakar diatas kuali tanpa minyak,bakar separuh masak.
Selepas itu tuangkan kuah adi diatas daging tersebut.

No comments: