analitikal

Tuesday, April 6, 2010

resepi makaroni bakar

akaroni Bakar Ala Pizza

Bahan-bahan

250g makaroni
2 sudu besar serbuk kari
1 ulas bawang besar
1/2 biji capsicum
1/2 tin cendawan butang
100g daging
3 batang sosej
1/2 tin nenas
minyak untuk menumis
10 biji telur
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Rebus makaroni bersama sedikit planta,bila kembang toskan airnya.
2.Blenderkan 1/2 ulas bawang besar bersama dengan daging .
3.Capsicum Dan 1/2 ulas bawang besar dipotong dadu.
4.Nenas, cendawan dan juga sosej dipotong mengikut bentuk yang anda inginkan.
5.Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong telah dadu hingga layu.
6.Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air,kacau hingga wangi.
7.Masukkan daging yang telah diblenderkan.Kacau sebati.
8.Masukkan sosej,cendawan,nenas dan sedikit capsicum kacau.
9.masukkan sos tiram,sos cili dan garam.Akhir sekali masukkan makaroni kacau biar mesra.
10.Pecahkan telur di dalam bekas berasingan,pukul sedikit.
11.Lencerkan,acuan dengan planta supaya tidak melekat.Masukkan makaroni yang telah digoreng tadi.Kemudian masukkan telur yang telah dipukul ke dalam acuan tersebut.Taburkan capsicum di atasnya sebagai hiasan.
12.Bakar selama 45 minit di dalam oven dengan kepanasan,180 C
13.Setelah masak boleh la dihidangkan..

No comments:

There was an error in this gadget