analitikal

Tuesday, April 6, 2010

resepi chiken chop

Chicken Chop

Untuk ayam:
1. 2 dada ayam dan 2 drumstick ayam (pilih yang leper sikit).
2. Air halia (halia ditumbuk dan dicampurkan sedikit air).
3. Garam.
Bersihkan ayam dan direbus bersama bahan 2 dan 3 di dalam periuk dan biarkan 30 minit dengan api yang perlahan.

Untuk perap: (bahan A)
1. 2 sudu jintan manis ditumbuk halus
2. 2 sudu lada hitam ditumbuk halus
3. 3 sudu serbuk roti atau breadcrumbs (optional)
4. 3 ulas bawang merah ditumbuk halus
5. 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
6. 2 inci halia ditumbuk halus
7. Sedikit gula dan garam serta lada sulah
8. Sedikit minyak sesame (minyak bijan)
9. Sedikit tepung jagung dan sedikit air
Bahan-bahan ini digaul dan ditepikan sementara itu.

Untuk sos mayonaise:
1. 2 sudu makan mayonaise cap lady�s choice (perasa lada sulah)
2. � kobis bulat dipotong halus
3. 1 ulas bawang besar
4. Sedikit air
Gaulkan bahan-bahan di atas dan dicampurkan air sehingga cair mengikut kecairan yang anda suka. Nak cair tambah le banyak air. Nak pekat sos tu, letak sikit air. Pandai-pandai le ikut suka hati. Kalau saya, tak terlalu cair atau tak terlalu pekat.

Dua biji telur dan sedikit garam dipukul.

Cara membuatnya:
Ayam yang direbus tadi, ditoskan dan di ketuk sampai penyek. Kemudian perapkan dengan bahan untuk perap (bahan A) dan tunggu le sampai 15 minit.
Bila dah diperap, celurkan ayam tersebut di dalam telur yang dipukul tadi. Goreng dalam minyak yang banyak. Sekadar tenggelam ayam tu. Angkat dan keringkan minyak itu.

No comments:

There was an error in this gadget