analitikal

Monday, December 1, 2008

gulai ikan masin

Bahan
Ikan kurau or talang masin - isi n tulang or kepala ikan masin pun bleh..[rendam terlebih dahulu]Nenas - potongTerung- potongTomato - potong wedgesCili hijau - belah memanjang
Dikisar halus5 bwg merah3 bwg putihHalia (maklang tambah nih..)Rempah kari sepeket kecikAir barang 2-3 cawan [masa blend tu masuk santan sketttt je pun sedap gak]
Dimayang halus5 bwg merah3 bawang putih
1 tbsp jintan manisDaun kariSantanGaram gula secukup rasaMinyak utk menumis
Cara
Bahan yang diblend itu dimasukkan dalam periuk. Renih dengan api sederhana or perlahan sampai bau rempah dia hilang sket.
Daun kari tu masukkan sebahagian sahaja. Kemudian masukkan ikan masin dan nenas.
Kemudian masukkan terung dan kemudian tomato.
Kemudian masukkan santan. Kacau baik-baik jangan pecah minyak.
Perisakan garam gula secukup rasa.
Di dalam kuali lain
Masukkan minyak sikit sahaja, agak agak cukup nak tumis sahaja.
Tumiskan bawang yang dah dimayang beserta dengan jintan manis dan daun kari sehingga keemasan.
Kemudian curah ke dalam periuk gulai. Baru bau gulai tu jadi mengancam.
Kacau sebentar biar mesra. Kemudian bolehlah diangkat.

No comments: