analitikal

Monday, December 1, 2008

resipi ikan patin masak asam tempoyak

Bahan-bahan:1 ekor ikan patin (potong 4/5 ketul -
10-15 biji cili api (kalau suka pedas boleh lebihkan cili)
2 inci kunyit hidup
senduk tempoyak
daun kesum
1-2 kuntum bunga kantan-dihiris memanjang
3 batang serai-diketuk
2 keping asam keping
garam

Cara-cara:1. Cili api dan kunyit ditumbuk hingga lumat menggunakan batu lesung (jangan di blend).
2. Kemudian masukkan tempoyak kedalam lesung dan digaul sebati dengan cili dan kunyit.
3. Setelah sebati, gaulkan ikan patin dengan campuran kunyit, cili dan tempoyak dan biarkan sebentar dalam 10 minit.
4. Kemudian masukkan ikan patin, asam keping, daun kesum, serai yang diketuk dan bunga kantan ke dalam periuk dan ditambah air agak-agak tenggelam ikan.
5. Masak menggunakan api yang perlahan hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit gula (sekiranya tempoyak terlalu masam).
7. Biarkan mendidih dengan api perlahan. Jangan dikacau selalu kerana ini akan menjadikan ikan hancur (ikan patin ni isinya lembut)
8.bila dah masak sedia utk dihidang.

No comments: