analitikal

Monday, December 1, 2008

Ikan Patin atau Baung
Tempoyak
Serai 3 batang
Bunga Kantan 1 batang.

Bahan Dihiris
Daun Kesom
5 tangkai Kunyit hidup
7 - 10 biji cili merah. ditumbuk
Garam
gula
Air 2 gelas besar.

Cara:
Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam.
Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan cili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.

Masukkan air, Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. apabila memasak pastikan api senderhana besar kerana ikan patin akan mudah hancur,elaakan juga mengacau masakan terlalu kerap.

No comments: