analitikal

Monday, March 1, 2010

cara buat ikan pekasam


Bahan-bahan : Ikan puyu,loma,lampam.terbul dll
Beras (goreng dlm kuali tanpa minyak sampai kuning dan dimesin/tumbuk )
Garam (mesti mau banyak)

Cara dia : Mula2 basuh ikan bersih2 dengan air, buang insang dan perut..masukkan cuka sikit dlm air tu nak kasi ilang hanyir..pastu toskan...dah habis tos tu masukkan garam dalam perut ikan..letak banyak sket garam tu, pastu masukkan ikan tu dalam petisejuk dalam 2 hari..

Lepas 2 hari, ambik ikan tu basuh bersih2 supaya hilang garam dalam ikan... ikan tu tetap masin walaupun selepas dibasuh bersih...kemudian toskan lagi... Ambil beras goreng yang dimesin/tumbuk, masukkan dalam perut ikan, lumurkan kat badan ikan .... (nenek aku pesan tak payah letak asam jawa sbb nanti beras tu akan jadi masam)

... pastu susun kat dalam balang dengan perutnya di atas supaya beras tadi tak tumpah.....balang plastik simpan kuih raya tu pun takpe.. dah abis susun tutup balang rapat2... kalau boleh tutup lagi dgn plastik takut lalat datang bertelur kat celah2 tudung dia....

Lepas seminggu tengok ikan semua dah basah...buang air tu sikit sbb kalau tenggelam sangat nnt ikan jadi terlalu medak ..tak sedap...!!! kalau rajin alih2kan ikan yang di bawah ke atas supaya ikan di atas pun basah jugak... alih pelan2, sebaiknya pindahkan ke bekas lain takut nanti beras hancur tu terkuar dari perut ikan pulak..
Lepas seminggu lebih tu tengok ikan dah agak menjadi boleh la dipindahkan ke dalam plastik jernih pastu ikat kuat2 dengan getah....

No comments: