analitikal

Saturday, March 27, 2010

resepi sotong bakar

Sotong Bakar:

Bahan-bahannya:
Sotong - anggaran dalam 1 kilo
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 inci kunyit hidup
5 sudu makan kicap manis
1 biji limau nipis
garam dan serbuk lada.

Cara membuatnya:
Sotong dibersihkan dan dibelah.

1. Bawang merah, bawang putih, kunyit dan
cili merah ditumbuk.
2. Campurkan bahan ditumbuk dengan kicap manis
dan air limau nipis.
3. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada.
4. Sotong digaul dengan bahan yang telah dikisar.
5. Kemudian dipanggang berulang-ulang hingga masak.

No comments:

There was an error in this gadget