analitikal

Saturday, March 27, 2010

nasi Goreng Kerabu

nasi Goreng Kerabu
http://www.geocities.com/nordeanajane

Bahan-bahannya:-

2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dihiris)
50 ml susu cair
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji cili hijau (dihiris-hiris)
Sedikit kelapa parut
1 ekor ikan kembung
1 sudu besar minyak masak
Garam serta serbuk perasa
Sedikit kacang panjang (dipotong-potong)
Sedikit daun kunyit (dihiris)
Sedikit taugeh
Sedikit kobis (dihiris)

Cara Membuatnya:- Ikan kembung direbus dan diambil isinya. Panaskan minyak, di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, dan lada hitam. Tunggu hingga naik baunya dan masukkan daging, kacang panjang, daun kunyit, taugeh, kelapa parut, kobis, isi ikan kembung, garam, serbuk perasa, dan cili hijau. Akhir sekali masukkan nasi dan susu cair tadi dan kacau hingga sama rata. Biarkan di atas dapur selama 5 minit dan teruskan mengacaunya hingga sebati. Selepas itu bolehlah di angkat dan hiasinya dengan lobak merah dipotong bulat, cili hijau, cili merah, potongan kacang panjang, taburan bawang goreng dan daun bawang.

No comments: