analitikal

Monday, March 1, 2010

resepi lamb chop/ shoulder

4 ketul bahu kambing/lamb shoulder
(bahagian lain pun boleh...)
3 inci halia (ditumbuk)

5 ulas bawang putih (ditumbuk)
segenggam lada hitam (ditumbuk)
4 sudu besar sunquick oren
3 sudu besar cili mesin
3 sudu besar serbuk kurma ATAU serbuk kari
3 sudu besar butter
3 sudu besar susu ideal / susu cair dlm tin
1 sudu besar jintan manis
garam secukup rasa

Caranya :
1.Lumur kambing ngan halia, biarkan dlm setengah jam (utk hilangkn bau)
2.Masukkan semua bahan2, gaul dan perap selama 2 – 3 jam.
3.Bakar / grill sehingga masak.

* Baki bahan2 yg tinggal boleh dibuat sosnya.. Caranya :
1.Panaskan butter dalam 2 dudu besar.
2.Masukkan 1 labu bawang merah saiz sederhana yg dipotong kiub dan 1 ulas bawang putih yg ditumbuk.
3.Masukkan baki bahan perap, 1 sudu besar gula, 2 sudu besar sos cili 'Life' dan setengah cawan air.
4.Kacau sehingga pekat macam sos.

No comments:

There was an error in this gadget