analitikal

Saturday, March 27, 2010

Siput Sedut Berkuah Lemak:



500g siput sedut
Minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
3 cm halia - dihiris
1 biji keledek, dibuang kulit dan hiris nipis
1 helai daun kunyit - dicarik
2 camca teh serbuk kunyit
garam dan serbuk lada sulah
3 cawan santan cair

Cara membuatnya:-
1. Potong bahagian hujung yang tajam pada siput,
bersihkan dan tos.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang
putih dan halia. Apabila wangi masukkan keledek,
daun kunyit, serbuk kunyit, garam dan serbuk lada.
Kacau rata.
3. Masukkan santan. Apabila mendidih, masukkan siput.
Biar sehingga masak dan keledek empuk.

No comments:

There was an error in this gadget