analitikal

Saturday, March 27, 2010

ketupat sotong

Ketupat Sotong.

Bahan-bahannya:
10 ekor sotong - dibuang kepala
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa - diambil santan pekat dan cair
5 labu bawang merah - dihiris
2 inci halia - dihiris nipis
1/2 sudu teh halba
garam dan gula secukupnya
lidi untuk mencucuk

Cara memasaknya.
1. Bersihkan beras pulut dan rendam dengan santan pekat
bersama sedikit garam dan gula selama 1 jam
2. Masukkan beras pulut yang direndam kedalam sotong hingga
separuh. Letak kepala sotong dihujung sotong dan sematkan
dengan lidi supaya beras tidak terkeluar.
3. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan santan bersama
halia, halba, bawang merah serta garam dan gula.
4. Masak dengan api perlahan dan sampai mendidih. Apabila
beras telah kembang dan penuh dalam sotong dan kuah pekat
bolehlah diangkat.

No comments:

There was an error in this gadget